Friday, May 1, 2009

Billu Barber




Sepasang suami isteri hidup dalam kesusahan pada masa yang sama mempunyai dua orang kecil masih bersekolah rendah. Keluarga kelihatan susah tetapi bahagia disebalik gurau senda atau perli memerli antara suami, isteri dan anak-anak beliau. Billu miskin kerana berkahwin dengan wanita kasta lebih rendah daripadanya.




Billu seorang tukang gunting rambut, tidak mempunyai kedai dan alatan yang mencukupi atau bahasa mudahnya tiada alatan terkini untuk digunakan untuk memotong rambut. Dalam filem ini terdapat satu adegan menempelak golongan aristokrat yang rasuah. Adegan ini ditunjukkan melalui permohonan pinjaman oleh Billu bagi membeli alatan terbaru. Namun kerana tidak memberi rasuah maka permohonan beliau ditolak.




Hendak dijadikan cerita, pada satu hari Sahir Khan seorang pelakon tersohor di India ingin membuat pengambaran di kampung Billu. Masyarakat kampung mendapat tahu dan mereka ingin menemui bintang filem ini yang menjadi pujaan mereka. Pada masa yang sama anak-anak dan isteri beliau juga mendesak hendak berjumpa dengan Sahir Khan. Seperti kebiasaan bintang filem India mempunyai protokol sekiranya hendak berjumpa dengan mereka.




Filem ini wajar ditonton kerana dapat memberi gambaran jelas mengenai keluarga masyarakat India, miskin, meminati hiburan, memuja pelakon, rasuah, kasta dan ras. Jika kita meneliti dan membandingkan kita dapati dengan jelas bahawa masyarakat ini tidak akan maju kerana terpengaruh dengan hiburan yang melampau. Mungkin satu hari nanti negara kita berlaku perkara yang sama sekiranya kita tidak mendepani isu ini dengan serius.






Ps: Baru beli dua hari lepas.




3 comments:

annur huda said...

salam Tuan Muqay,

ni sure layan, hindustan sbbnye, sejak takde internet, hindustan lah jadi penghibur dikala kesunyian..hehe

tu hindustan ke tamil tu??

mesti gelek, hindustan, ustaz dh pkar yer??heheh

sye balik umah, g makan nasi mnyak org..bile plak org nak mkn nasi mnyak sye??

tunggu sye reti msak sendiri..heheh

NUN@ said...

ayoyo..appa..minat cite tamil upenye...btw..kiuttt anak ustaz

muqayankabut said...

Huda,

Ini filem hindustan, lakonan Datuk Shah Rukh Khan merupakan filem terbaru beliau pada tahun ini.

Cerita boleh tahan even tidak sperti filem Mohabbat yg lain.

Nuna,

Tamil dan hindustan sama-sama layan, latar belakang cerita merupakan kisah benar kehidupan mereka di India.

Tidak seperti filem melayu dan indonesia itu semua cerita menyembunyikan hakikat dan identiti budaya sendiri. Pendek kata budaya barat diketengahkan dlm wacana filem kita.