Telah berlaku beberapa perkara yang tidak dijangka.
- Sudah dua kali anakda sakit kerana pengasuh tidak mengikut saranan aku cara memberi makan. Kusut bila anak sakit.
- Kepala sakit tidak cukup tidur, dua minggu berlarutan sebegini.
- Kerja di pejabat, semakin lama bekerja sudah naik bosan, tidak faham.
Beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum pulang ke kampung minggu ini untuk mengelakkan masalah yang sama berulang.
- Perlu habiskan kitab yang dibaca sebelum pulang, bolehkah? bahasa arab hanyalah sederhana. Ya Allah permudahkan urusan hamba mu ini.
- Perlu memastikan anakda diberi cara makan yang sesuai. Banyak kali diterangkan kepada pengasuh baru faham.
- Kertas kerja program untuk sekolah menengah belum buat lagi. Hari ini boleh kot?
- Maaf kepada para pelajar yang mengajak, menjemput, memujuk dan merayu supaya aku sertai lawatan, ustaz minta maaf banyak-banyak. Ada banyak sebab ustaz tidak boleh menyertai program tersebut. (Sabah,Jakarta, Bali,)
- Insyaallah hujung tahun ini ke Acheh, boleh pergi sama.
Perlu balik kampung minggu ini, bagi menenangkan fikiran yang hampir tidak menjadi apa yang yang dirancangkan.
No comments:
Post a Comment