Tuesday, May 5, 2009

Aku Fikirkan

Aku fikirkan tapi tidak tahu apa yang anda fikirkan mengeanai umat Melayu khususnya di Malaysia. Boleh juga dikatakan umat umumnya di seluruh dunia. Apa aku fikirkan mengenai masalah umat ini dari sudut agama. Aku tidak menyentuh mengenai ekonomi dan politik walaupun ada perkaitannya. Tapi aku lebih suka kepada perbahasan agama kerana umat Melayu umunya beragama Islam. Perkaitan antara bahasa dan kefahaman agama.

Persoalan kenapa Umat Melayu Lemah Dalam BerAgama, Suka Berhibur Dan Berlibur?
  1. Ini mungkin disebabkan dengan konsep kefahaman agama, mereka tidak memahami agama dengan jelas.
  2. Kenapa mereka tidak bersolat, ini kerana mereka tidak memahami bahasa Arab. Jadi mereka solat pun tiada guna.
  3. Kenapa mereka tidak tahu membaca al-Quran, ini kerana mereka belajar tajwid dalam baasa Melayu dan tidak dalam bahasa Arab.
  4. Kenapa mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat dan jitu, ini kerana mereka tidak memahami bahasa arab.
  5. Kenapa khutbah di Malaysia kurang menarik, kerana khutbah itu dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu tidak Islam.
  6. Kenapa remaja hari ini tidak berakhlak, ini kerana semasa belajar fardhu ain dalam bahasa Melayu tidak diajar dalam bahasa Arab.
  7. Jadi kelemahan orang Melayu dalam agama adalah kerana tidak menguasai bahasa Arab. Benarkah?

Benarkah berbahasa Arab lebih nampak ke Islamannya dan berbahasa Melayu nampak kejumudannya?

Oleh demikian, bagi meningkatkan pegangan dan kefahaman orang Melayu terhadap Islam maka kita perlu mengArabkan apa yang menjadi persoalan di atas.

6 comments:

annur huda said...

ustaz,

saya nak tahu apa yang ustaz maksud kan dengan "mengARABkan"??

adakah kita wajib pelajari bahasa arab untuk membuat kita lebih pelajari secara mendalam agama Islam,begitu?atau

ustaz mempertikaikan kenapa kite melbihkan bahasa insggeris dari bhs arab??

ada sesuatu yg ingin sye berkongsi, tapi sye perlukan penjelasan dr ustaz dahulu..

muqayankabut said...

Huda,

Saya tulis itu ditujukan kepada sesiapa yang memahami disebalik isu yang hangat sekarang ini.

Ada pandangan jika tidak boleh berbahasa inggeris akan ketinggalan. Jadi saya juga beranggapan bahawa sesiapa yang tidak boleh berbahasa arab maksudnya ketinggalan dalam agama.

Benarkah begitu? Itulah persoalannya.

Pandangan perlu jelas. Sakit jantung perlu ubat sakit jantung, jgn pula memberi ubat kencing manis.

annur huda said...

ustaz,

ttg pandangan ustaz, seseorang yg tidak boleh berbhasa arab akan ketinggalan dalam agama??dan itu menjadi persoalannya..

sye faham maksud disebaliknya,kerana sye pernah dengar dr seorang teman. dia bercakap dgn yakinnya..

"jgn bercakap ttg hukum agama jika tidak reti berbahasa arab"..

wktu sya dengar, rase pedih sgt telinga ni..

kenapa orang yg tidak reti berbahasa arab, tidak boleh bercakap ttg hukum agama yg dipelajarinya??

jadi perkara ni samalah dengan isu yg sekrang ni...jgn ingat orang yg tidak mampu berbhasa inggeris tidak mampu bergerak kehadapan. kita sendiri dh lihat bagaimana tokoh2 ilmuan dahulu boleh berjaya..

muqayankabut said...

Huda,

Itulah tanggapan pendek sesetengah golongan yg beranggapan BI adalah segala-galanya.

Saya tidak anti BI, tetapi kaedah untuk memperkasakan BI perlu lebih teratur dan nampak keberkesanannya.

Sebagai contoh mungkin kita perlu adakan kelas peralihan kepada pelajar lemah BI. Itu cadangan.

Banyak sejarah menceritakan segalanya. Dan kita boleh merujuk kepada intelektual kita,

Saya bukan menyokong bahasa melayu kerana saya bangsa melayu, tetapi faktor kecemerlangan umat menjadi tujuan wahid kita.

annur huda said...

ustaz,

sye tidak mnyokong mana-mana, tapi pndangan ustaz tu betul, kalau BI lemah, kita perlu mencari puncanya yg sebnar, buknnya, mnukar 100% makin menjadi truk...

SAKIT DAH TAHU, PUNCA BELUM JUMPA TERUS BAGI PENAWAR, MANA NAK CEPAT SEMBUH GITU...YE TAK??

muqay said...

Huda,

saya juga tidak memihak mana-mana kumpulan, kita rasa tahu apa yang hendak perkatakan, kita perlu katakan.

Jangan simpan dalam hati, pandangan tidak semestinya betul 100%, tetapi pemikiran harus digerakkan baru tenang jiwa di dada.