Monday, May 18, 2009

Di Luar Lingkaran RTM 1

Malam ini satu kupasan isu yang cukup menarik diikuti. Isu Liberalisasi beberapa sektor yang diumumkan oleh Dato Seri Najib baru-baru ini menjadi tajuk kupasan pada malam ini. Pelbagai pandangan menyokong dan kontradik ada dalam perbahasan ini.

Adakah liberalisasi ini akan berjaya untuk mewujudkan kemajuan dan kesan positif terhadap rakyat. Adakah rakyat mendapat nikmat sebenar dari liberalisasi tersebut? Bagaimana rakyat termiskin dapat memahami dan mendapat kesan liberalisasi yang diwar-warkan oleh pihak kerajaann? Tidak lupa juga kepada orang asli, adakah mereka juga mendapat kesan yang baik daripada dasar baru ini?

Dan dua ahli panel menyatakan dasar penswastaan itu gagal sama sekali kerana tidak membantu rakyat. Contoh mudah ialah Telekom atau TM. Caj meningkat dan servis teruk.

Adakah benar? Apa pandangan anda sebagai rakyat Malaysia?

9 comments:

saljuhumairah said...

pandangan org yang tidak cukup:

dasar penswastaan dan dasar pengkerajaan = dua2 ada pro and cont'. Sudut pandangan pelbagai..perlu lihat kearah positif. tanpa perlu mengabaikan sudut negatif untuk pembaikan berterusan. pandangan yang kontra perlu dilihat sebagai kritikan membangun.

lihat diri sendiri(aku) yang teruk, sblm menilai keterukkan org lain. sham ko betul ke tak betul...

saljuhumairah said...

"berada didalam keadaan [zon selesa] meyebabkan otak malas berfikir= 0 tahap inovasi dan kreativiti" "berfikir didalam kotak meyebabbkan kita mati lemas tak cukup oksigen" "terlampau bebas diluar kotak menyebabkan terpengaruh dan mati demam panas"

~sham ko okey ker?

muqayankabut said...

Tuan Sham,

Pada pandangan saya jelas dasar penswastaan memang gagal. Saya setuju dengan pandangan Dato salleh majid.

Jika swasta untuk memberikan lebih kebaikan kpd pengguna, knp semakin lama semakin mahal dan para ceonyaa mendapat banyak pitis? Pengguna digunakan secukupnya. Contoh, jika streamyx ada masalah dalam 2,3 hari knp tidak potong bayaran bil?

saljuhumairah said...

erm..bt0l2..dasarnya jelas nampak bagus. tapi perlaksanaan lah menunjukkan gagal..

kelihatan ala2 amerika sistem yang cuba diaplikasikan.

sbb kelihatan secara kasarnya, "yang diatas(top level management/ce0) bertambah kaya dari hari kehari" "yang dibawah, semakin hari semakin berkurangan pitisnya"

"yang kuat semakin selesa" "yang lemah tiada lubang untuk turut serta mendapat pendapatan" "kerja keras hari2 untuk menjana pendapatan yang semakin kuat"

"yang kuat kelihatan mengguna yang lemah untuk untung" "tiada perasaan belas untuk membantu yang lemah supaya turut sama merasai nikmat yang mereka rasa"

"majoritinya menjana pitis untuk hidup selama-lamanya" "mungkin segan untuk ajak bersama golongan lemah yang dibawah menikmati sedikit apa yang dirasa"

"produk di buat semata2 untuk untung"

"kalo dulu, kedai runcit dibina dikampung untuk membantu penduduk setempat mendapatkan bekalan barangan"

"skang dibina untuk mengutip pitis org sekeliling"

annur huda said...

Tuan Muqay,

hanya pndangan dan kritikan :

bagi saya dasar penswastaan hanya menguntungkan kerajaan yang kononnya mengurang beban kewangan negara, namun begitu yang di kesalkan, kewangan negara berkurang tapi beban kewangan rakyat semakin meninggi, badan penswastaan menaikkan harga yang lebih lipat kali ganda yang kononnya untuk menjaga kualiti tapi apa yang rakyat dapat??

"andai kita nak jaga perasaan orang, siapa pula ingin menjaga perasaan kita??"

pelaburan yang dilaburkan semakin tinggi, kualiti, "hampeh"..habuk pun tarak, akhirnya rakyat yang menanggung. semakin hari, badan2 swasta menaikkan kadar, kononnya, kos penyelarasan dan penyelenggaraan tinggi, tapi ade ke berubah??sama je..

cthnye: TMnet, kadar byran tetap tinggi walaupun intenet rosak berhari-hari, tiada ptongan bil di buat.tiada pula pekerja yang yg dtg membaiki, alasan tidak cukup pekerja, sedangkan kadar pengangguran semakin tinggi.(mcm masuk topik lain je..)..tapi keuntungan yg diperolehi berlipat ganda dari sethun ke sethun.

hanya kritikan berdasarkan pengalaman, buat apalah kalau hanya ingin mendapat nama tapi "maruah" tergadai...

muqayankabut said...

Putri Huda,

Akan tetapi ada juga dasar penswastaan yang memberi kesan baik kepada pekerjanya , yang boleh saya nyatakan sebagai contoh ialah Bernas.

Kebajikan pekerjanya terjaga dan mendapat lebih faedah lebih baik daripada sebelum ini. Tetapi kesan secara tidak langsung ialah pertumbuhan kolang-kilang cina seperti cendawan lepas hujan. Ini juga yang menjadi persolana kenapa harus jadi begitu sedangkan hampir keseluruhan petani ialah umat Melayu. Kenapa harus dijual kepada kilang cina.

Semasa LPN (Lembaga Padi Dan Beras nasional) kebanyakan kilang-kilang cina tutup dan bangkrap.

Sesuatu dasar itu ada baiknya, mungkin dari sudut TMNET, kakitangannya mendapat kebaikan dengan bonus 3 bulan gaji sedangkan kakitangan kerajaan hanya 1 bulan bonus sahaja.

Jadi kesanya kepada rakyat miskin harus difikirkan bersama.

annur huda said...

tuan Muqay,

boleh ke dikatakan penswastaaan lebih menguntungkan lebih-lebih kepada orang cina??

sbb apa sye tgk badan swasta yang dipelopori oleh cina lebih naik dr org melayu yg bnyaknya, gulung tikar, hanya segelintir yg bertahan dan maju trus ke hadapan..

mungkin sbb org melayu tiada kepakaran?atau lebih kepada penyakit MALAS..

ini takde relate kot dgn dasar2 tu..cume bertnye..

muqayankabut said...

Huda,

Umat Melayu khususnya perlu membuat perubahan iaitu dengan mengembalikan banyak perkara dalam diri, keluarga dan masyarakat. Asasnya ialah perubahan sikap yang terlalu hendakkan eksklusif sesuatu perkara.

Tetapi sampai bilakah umat Melayu harus bergantung dengan pihak tertentu atau hanya menjadi momokan untuk orang Melayu.

saljuhumairah said...

erm..just think that perlaksanaan yang dirancang tidak di aplikasikan dgn betul dan tegas menyebabkan kita berasa selesa pada awalnya...sesiapa yang untung tidak boleh dilihat pada satu sudut shj..tetapi pelbagai.
"cina adalah bangsa" "melayu pun bangsa" "india pun bangsa" tetapi ISLAM adalah agama... yang mencakupi keseluruhanya...seluruh bangsa2 didunia...

~hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai beramal...~~~ T_T