Wednesday, May 27, 2009

Duka Lara

Bulan Mei 09, bulan yang banyak menguji diri aku. Apa tidaknya banyak ujian yang melanda dari aku melibatkan sumber kewangan.

  1. Bermula dengar tayar kereta yang baru ditukar benjol kerana isteri bawa kereta jatuh dalam lubang semasa pergi ke sekolah. Jadi tukar tayar baru yang lebih tahan dan berkualiti jenama Neuton. Aku serik menggunakan Good Year. Sudah dua kali tayar benjol. Terbang RM 1100 bulan ini untuk tayar kereta sahaja.
  2. Awal bulan dahulu baiki monting kereta toyota RM 600 dikenakan. Masa ni boleh cool lagi.
  3. Lepas bentang proposal, aku dikehendaki baiki bahagian-bahagian yang kurang mantap dan memuaskan. Tindakan masih belum diambil memandangkan minggu depan cuti sekolah. Aku mengambil perkiraan masa itu sesuai untuk mencari bahan untuk bab kedua. Tetapi apakan daya sebelum bermula ada satu lagi ujian terbaru menguji diri aku.
  4. Ujiannya ialah Laptop kesayangan yang dihadiahkan oleh ayahda ada masalah skrin pecah. Aku pun tak ingat masa bila laptop ni jatuh. Semasa menulis entri ini masih dalam keadaan hiba melihat laptop ini.

Uian melanda apakah sebabnya? Ya Allah kuatkan jiwa aku.

Semoga MU menang malam ni, sekuran-kurangnya dapat jadi pengubat hati yang berduka lara.

2 comments:

annur huda said...

salam ya Ustaz..

biaselah tu masalah kewangan, semua akan hadapinya..lebih-lebih pd mereka yg berkeluarga.. tapi insyaAllah, semua itu adalah dugaan, selagi kita tabah hadapinya, pasti ada bantuan dr Allah..

aik..ustaz tak tmbah lagi satu kot yg mlibatkan kewangan??hehe..

"hadiah" dr sye..(^,^)..

takpe,sye org bertimbang rase.. tidak mengambil kesempatan pada mereka yg dlm kesusahan..hehe... kerana saya memahami masalah org..

jadi jgn risau,insyaAllah, masalah tu hanya seketika sahaja..

rasenye skrin laptop ustaz tu, pecah sbb terhentak kot..excited sgt + dgn yakin MU boleh menang..

takpe..MU menang, terubatlah hati ustaz yang duka lara tu...

HIDUP M.U..(sokong sbb nak amik hati ustaz)..hehe

muqayankabut said...

Huda,

Yang "hadiah" dah disediakan terlebih awal jadi masih dalam perbendaharaan negara.

Tetapi jika tuan putri hendak memberi kemudahan, hamba alu-alu2 kan