“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Thursday, April 30, 2009
Kelegaan Sudah Hadir
Wednesday, April 29, 2009
Tuesday, April 28, 2009
Siapa Diriku Sebenarnya?
Monday, April 27, 2009
Harap-Harap Mak Mai Minggu Ni
Satu Soalan Manusia Beragama
Soalannya lebih kurang sama, soalan ini datang dari seorang pelajar UiTM.
"Tuhan Maha Hebat, Bolehkah Tuhan Menciptakan Sesuatu Yang Lebih Hebat Dari-Nya?"
Bolehkah?
Sunday, April 26, 2009
Kenapa Tuan Lukisan Pena "CINTA" Toyota
Tajuk akhbar di atas menunjukkan kekuatan sebenar jentera Toyota, ini merupakan sebab-sebab utama kenapa Tuan SaljuHumaira amat tergila-gilakan kereta Toyota.
Satu faktor, faktor lain tak tahu pulak.
Manchester United !
Tidak dapat dinafikan kehebatan United untuk mengekalkan status juara tanpak makin hampir untuk digapai. Melihat kepada saingan terdekat Liverfool, makin goyah kerana terkejut dengan kemenangan besar MU malam tadi.
Mu akan menanti setiap perlawanan dengan penuh kerakusan mana-mana pasukan yang merasakan masih dara.
Saturday, April 25, 2009
Piala FA 2009
Aku ramalkan malam ini, Kelantan 2 Selangor 0. Kita doakan semoga Selangor dikelepek oleh The Red Warrior.
Aku harap pertahanan Kelantan jika boleh belasah jer Amri Yahyah.
Thursday, April 23, 2009
Tolong Menolong Amalan Baik
Liverpool memang sewajarnya mmecmburui MU, bukan baru tapi sepatutnya lebih awal dari semalam. Aku kesian tengok Benitez ni, ada satu teori jika nak menang EPL cari penaja lain. Selagi mana syarikat arak tu menaja kelab tu selagi itulah tidak mungkin memenangi atau menjuarai EPL.
Wenger sedia bantu Benitez
Wenger oh Wenger, apalah yang dok sibuk-sibuk, nak tolong apa lagi? Nak kalahkan MU? haha! Jika betul-betul nak tolong kenapa tak bagi menang malam tadi? Itu baru tolong. Setakat nak pom Benitez, udah-udahla...Simpan tenaga untuk tahun depan.
Wednesday, April 22, 2009
Baca Dan Faham Intisari Ucapan Ini
Boleh rujuk di sini. Cukup puas melihat keberanian beliau.
http://ahmadsamantho.wordpress.com/
Tuesday, April 21, 2009
Radio THR Gegar
Hobi Baru, Adakah Haram?
- Adakah salah memberi makan kepada ikan dengan makanan roti gardenia?
- Lihat seperti membazir, lebih baik bagi roti kepada fakir miskin.
Persoalan ini mewujudkan perasaan was-was pada setiap petang. Haja dihati untuk menghiburkan hati anak dibawa berjalan di taman.
Runsing...
Monday, April 20, 2009
Di Luar Lingkaran RTM 1
Aku merujuk dengan persoalan seorang pemanggil yang bergelar "", tapi sudah kurasakan beliau tidak memahami pokok persoalan sebenarnya. Beliau masih lagi dalam golongan minda tertawan seperti dikatakan oleh Puan Sifu.
Ya, aku amat-amat bersetuju dengan pandangan ahli-ahli panel pada malam ini dan tidak lupa menyatakan moderator Tuan Sayed Munawar berjaya dengan jayanya. Memang betul-betul di luar lingkaran.
Saranan daripada ahli panel perlu perbanyakkan terjemahan ilmu luar dan jadikan ia hak milik kita.
Sudah lama kumerindui wacana sebegini, masyarakat bebas menyatakan pandangan, walaupun pandangan itu kadang kala tidak tepat, jadi jika salahnya betulkan dalam wacana tersebut, baru boleh dikatakan minda kelas pertama.
Ps: Seseorang datang solat berjemaah, minda kelas berapakah dia?
Sunday, April 19, 2009
Pak Lawak oh Pak Lawak
Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil
Nah ini dia kenyataanya.
Pantas, Pantas Lagi
Setelah ram ditambah 2 gb, beru terasa kelajuannya. Semangat menulis adakah sama dengan 2 gb ram? Hmm...
pikiaq dulu, tesis demo tak bis lagi. Bulan depan kene bentang proposal.
Atas Nama Cinta
Thursday, April 16, 2009
Mimar Sinan Arkitek Islam
Sudah Ku Katakan : Manchester United 1 Porto 0
Following last week's 2-2 first-leg draw, Porto went into the match with a crucial away-goal advantage. That was tellingly overturned inside six minutes of an imposing second encounter. Had Sir Alex been asked to draw a blueprint of his perfect start, it wouldn't have been too far removed from what actually transpired.
The Reds were already looking confident when Anderson slipped a pass to Ronaldo, but the winger's ambition beggared belief. Having received the ball just inside the hosts' half, Ronaldo took a touch to set himself and arrowed an unstoppable effort into Helton's top corner. The ball travelled 40 yards to the goal, but the Brazilian goalkeeper could get nowhere near it.
A Sporting Lisbon export, Ronaldo was predictably jeered from the first whistle by the blue and white clad hordes in the stands. Suddenly, he had provoked silence on every side of the Estadio do Dragao - bar, of course, the sizeable pocket of writhing, jubilant United fans behind the opposite goal.
The Reds' approach to the game mirrored that of Porto in the first leg: dominant, with the hosts completely on the back foot. Indeed, it took 20 minutes for the Portuguese champions.
MUTD.COM.
Wednesday, April 15, 2009
Program Islami Ke Mana Arah Tuju?
- Apakah objektif program Islami?
- Apakah mendapat sambutan pelajar?
- Jika tidak apakah caranya?
- Jika berjaya apakah penanda arasnya? Contohnya Pusat Islam sentiasa penuh dengan jemaah setiap waktu.
- Jika tidak di manakah silapnya?
- Adakah Pusat Islam tidak menarik? contohnya bosan.
- Adakah semua orang suka solat di bilik masing-masing.
- Jika suka di bilik kenapa perlu ada surau?
- Tidak mendengar azan di rumah atau di bilik?
- Rasa sama saja solat di rumah sepertisolat di surau atau masjid?
Banyak soalan, siapa hendak menjawab silakan. Jika ada cadangan atau kritik juga dialu-alukan.
Apa Khabar Semua
Tuesday, April 14, 2009
Pesta Buku 2009
Pada tahun lepas walaupun tidak pergi ke Pesta Buku 2008, namun tetap juga memborong buku di sana melalui bantuan seorang rakan bloggers. Tapi pada tahun ini belum tentu lagi. Tahun lepas kos buku diborong walaupun tidak ke sana habis dalam RM 250. Kebanyakan buku yang dibeli ialah novel-novel Faisal Tehrani.
Tahun ini, ada lagi novel beliau yang masih belum dimiliki seperti Saasatul Ibad dan Ketupat Cinta. Tahun ini mungkin tidak semewah dahulu disebabkan telah banyak membeli buku-buku rujukan Sarjana.
Rasa rugi tidak pergi, tetapi jikalau pergi habis!
Pls Tolong Janda-Janda Di Malaysia
Realitinya pada hari ini sudah jauh berbeza dengan saranan Rasulullah kepada kita. Apa yang berlaku masyarakat hari ini terutamanya lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita janda atas nama kebaikan, tetapi perkara yang dilakukan adalah sebaliknya.
Namun pada kaca mata wanita, janda merupakan perampas suami. Ini juga satu persepsi yang tidak adil untuk mengadili golongan yang lemah ini.
Apabila melihat kepada habuan yang cukup lumayan bagi sesiapa yang sanggup untuk membantu golongan ini perlu menilai sewajarnya. Contohnya janda yang miskin perlu diutamakan bukan mengutamakan janda yang kaya. Niat mestilah diperbetulkan.
Kepada yang mampu sila buat permohonan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Selamat mencuba
Monday, April 13, 2009
Adakah Satu Kebetulan?
Sungguh bertuah bumi Malaysia.
Tumit Achilles
Sekarang sedang membaca buku Tumit Achilles, Sebuah karya berupa himpunan artikel-artikel yang ditulis oleh Khalid Jaafar. Apa yang boleh aku katakan isu-isu yang dikupas dan ide-ide beliau ada boleh dipersetujui dan tidak setuju.
Kesimpulannya jangan kita menutupi pintu perbincangan walaupun sesuatu isu itu agak kontrovesi. Ada betul pandangan beliau terhadap satu pertubuhan wanita Sister In Islam (SIS), umat Islam perlu berani membaca dan mengkaji pandangan SIS ini dan kita mengajak mereka berwacana atau berbincang adalah lebih baik daripada mengambil tindakan undang-undang. Ya kenapa kita perlu takut, kita ada ramai Ulama', ramai intelektual Islam. Juga boleh dikatankan juga Malaysia ini mempunyai ramai ustaz-ustaz, tetapi ke mana mereka pergi?
Jadi saya akan cadangkan buku untuk dibaca kepada sesiapa yang inginkan satu kelainan.
Sunday, April 12, 2009
Mau Karoke ?
Lagu? entahla lagu semut merah yang aku tak pernah dengar pun. Apa pun lagu yang aku minta tidak ada dalam simpanan. Lagu-lagu Amy Search dan Awie.
Lain kali cuba lagi.
Friday, April 10, 2009
Khutbah ? OK Ke KO
- Adakah penulis khutbah membuat kajian selidik keberkesanan khutbah terhadap jemaah?
- Adakah penulis khutbah membuat kajian tajuk yang sesuai dengan keadaan pemikiran penduduk dan masyarakat setempat?
- Adakah penulis khutbah membuat kajian masa yang perlu diambil untuk membaca khutbah?
Banyak lagi persoalan yang boleh ditanya. Tetapi inilah realiti masyarakat Islam yang mempunyai nasib tidak menyebelahi diri mereka sendiri. Isu-isu yang dilontarkan sudah basi malah tidak bertepatan langsung dengan jehendak masyarakat setempat.
Bila mana khutbah hanya dianggap sebagai satu adat yang perlu ada dalam solat Jumaat maka beginilah jadinya. Masyarakat sudah muak dengan khutbah yang tidak ada hujung pangkal pemilihan tajuk. Penulis khutbah perlu meneliti tajuk yang sesuai walaupun isu semasa tetapi isu itu isu biasa.
Penulis khutbah perlu menulis isu-isu yang boleh memainkan pemikiran pendengar, isu yang menguji pemikiran penengar, isu yang boleh memberi pencerahan kepada pendengar. Pada pandagan saya, isu-isu seperti isu dadah perlu memainkan emosi pendengar dengan mencabar emosi dan pemikiran pendengar, bukan hanya elaporkan sahaja. Khutbah bukan laporan tetapi pesanan.
Masa juga perlu diselesaikan, masa yang ideal. Tidak mungkin sampai 20 minit atau kurang dari 5 minit. Cukup sekadar boleh menarik penonton mendengar bukan tidur dalam masjid. Ini menjadi tempat dan masa istirehat kepada kaki tidur untuk lepak.
Sudah lama isu ini bermain dalam masyarakat, kita mempunyai banyak medium untuk membetulkan masyarakat tetapi kita tidak betul-betul menggunakannya secara efektif. Boleh juga dikatakan cukup intrumennya dalam proses membangunkan kembali insitusi masyarakat yang sedang tidur sepi tanpa berita.
Hati Puas atau Puas Hati
Lain cerita lain jadinya!
Aku punya ide aku punya pasal!
Huh!
Thursday, April 9, 2009
Surah al-Kahfi Surah Pengubat Hati
Banyak hadis menerangkan mengenai surah ini, nanti akan ditulis semula mengenai kelebihan surah yang dianggap susah bagi sesetengah orang untuk membacanya.
Wednesday, April 8, 2009
Ingin Membina Semula
- Tahniah untuk adik, Mohd Afiat Dhiya'ulhaq, Selamat Pengantin Baru. Maaf abg lambat menulis entry ini untuk adik. Berkahwin pada 14 Mac 2009. Berkahwin dengan seorang gadis dari negeri yang sama dengan abgnya iaitu Penang. Ya memang Afiat banyak persamaan dengan abgnya. Bezanya mungkin dia lebih menawan dari abgnya,huh..
- Bulan Mac tahun ni, cuti banyak dihabiskan untuk balik kampung di Perlis, Pulau Pinang dan Selangor (Tanjung Karang) Johor tidak sempat. Risau anak kecil banyak berjalan nanti sakit. Hehe alasan Walid sebenarnya letih.
- Alhamdulillah semua sihat, ketika pulang ke Tanjung Karang singgah membeli durian. Sudah lama tidak makan durian, aku beli tiga biji RM 30. Mahal kerana bukan musimnya. Aku kepingin sangat sanggup beli.
- Sampai di rumah embah, kata Embah Wedok "Embah Lanang suka makan durian". Alhamdulillah. Sebenarnya aku tak tahu nak beli apa bila bercuti di Tanjung Karang. Maklumlah budaya berbeza.
- Di Tanjung Karang sempat ziarah sahabat Darul Quran, Wak Syuk. Sebenarnya aku ingat lagi kata-kata emaknya lima tahun yang lalu "Miqdad bila sudah kahwin bawa isteri datang sini ya". Percakapan Melayu tetapi lenggok Jawa. Alhamdulillah emaknya masih ingat.
- Aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih Wak Syuk sudi juga balik rumah kerna aku yer.
- Maaflah semua, mood tengah pulih.