Wednesday, April 15, 2009

Program Islami Ke Mana Arah Tuju?

Ada beberapa persoalan bermain difikiran hamba.
  1. Apakah objektif program Islami?
  2. Apakah mendapat sambutan pelajar?
  3. Jika tidak apakah caranya?
  4. Jika berjaya apakah penanda arasnya? Contohnya Pusat Islam sentiasa penuh dengan jemaah setiap waktu.
  5. Jika tidak di manakah silapnya?
  6. Adakah Pusat Islam tidak menarik? contohnya bosan.
  7. Adakah semua orang suka solat di bilik masing-masing.
  8. Jika suka di bilik kenapa perlu ada surau?
  9. Tidak mendengar azan di rumah atau di bilik?
  10. Rasa sama saja solat di rumah sepertisolat di surau atau masjid?

Banyak soalan, siapa hendak menjawab silakan. Jika ada cadangan atau kritik juga dialu-alukan.

6 comments:

annur huda said...

salam..sekadar pandangan...

1. Apakah objektif program Islami?

-kalau dalam kertas kerja semestinya merapatkan silaturrahim
-yg sebenar..pendedahan kepada org ramai tentang islam dlam erti kata lain kite berdkawah..dan cara program itu sendiri dikendalikan haruslah yg terbaik, bukan sekadar nk menunjuk yang "yer..program ini, program islam..bagus..bgus"(hrap fhm maksud tersiratnya)


2. Apakah mendapat sambutan pelajar?

-jarang program keagamaan ini mendapat sambutan pelajar kecuali, dh diwajibkan atau erti kata lain,untuk dpt kupon semata-mata untuk menginap di hostel sem berikutnya..(my cousin one of UiTM Mache's student..dia yg ckp)..jadi mereka dtg bukannye dengan rela hati tapi seperti satu paksaan.ape guna kalau datang tapi hati tak ikhlas??(persoalan smula...)


3. Jika tidak apakah caranya?

-cara??rase dh mcm2 cara dh dibuat,tapi tetap yang sama jga jadi.so..kena tubuh "pasukan siasat" untuk cri kelemahannya..
-my idea..jgn terlalu memaksa, gune pendekatan dakwah yg lebih baik..pendekatan ke jiwa mereka..sesuatu yg boleh menarik mereka..


4. Jika berjaya apakah penanda arasnya? Contohnya Pusat Islam sentiasa penuh dengan jemaah setiap waktu.

-ini saya tak tahulah..kalau disini, walau berjaya sekalipun satu program tu..belum tentu penuh tempat2 sebegitu...


5. Jika tidak di manakah silapnya?

-silapnya??adakah sbb didikan ibu bapa??didikan guru??
-sye sendiri cube mengkaji..dimanakah silap seseorg yg berkelakuan tidak baik..adakah disebabkan pengaruh kawan, keluarga atau sekitaran....


6. Adakah Pusat Islam tidak menarik? contohnya bosan.

-no answer..tak tahu..pusat islam tu ade ape...
-mungkin juga..tiada tarikan yang boleh menarik minat pelajar..


7. Adakah semua orang suka solat di bilik masing-masing.

-sewaktu sye di matrikulasi, mmg benar, pelajar lebih suka solat di bilik sendiri walhal, masjid depan asrama..(masjid..bukan surau..masjid yg besar yg ckup kemudahan terdapat DALAM matrik.. tapi pelajar tetap solat di bilik..
- sbbnya..kalau solat dibilik bersendirian, boleh baca laju,boleh solat sesuke hati time bile dia nak, tak pyh wirid pjg2..bg salam boleh trus sambung main game ke, borak ke..(ini hanya pandangan, sye tak buat gitu ye)

8. Jika suka di bilik kenapa perlu ada surau?

-sbbnya..peliklah sesuatu tempat atau institusi pengajian yang tidak ada surau..pastinya..akan masuk berita muka depan..mulalah orang nk kondem mcm2..mulut org..kne fhm jgak..nnti malu plak tempat tu..kecoh satu malaysia..


9. Tidak mendengar azan di rumah atau di bilik?

-rasenye dengar je..cume kalau syaitan dah kuasai diri..semua tak akan menjadi..semua akan rase mls je..lebih2 kalau kene bngun dr katil,tgh sedap2 baring..ke tgh tido ke..


10. Rasa sama saja solat di rumah sepertisolat di surau atau masjid?

-pandangan saya..sya rasa lain..sya rasa lagi tenang..ketenangan menguasai diri..

saya ada satu pengalaman semasa di matriks..ini semua boleh dikatakan yg benar..boleh dikatakan masjid akan penuh bila imam yg diorg suke jd imam..

di matriks setiap hari bertukar imam..ade 3 org pelajar yg menjadi imam, cume seorg sahaja di sukai..sbbnya..imam ni bacaan nye menarik,walaupun panjang, tapi bacaannya seolah2 imam Masjidil Haram,lancar..imam lain ok,tapi cume bacaan yg membezakan setiapnya..

persoalannya, adakah ini pun menjadi puncanya??

ini hanyalah sekadar pendapat, dan sye view dr pemerhatian sya sepanjang saya belajar di matriks dan universiti..

muqay said...

Terima Kasih Annur Huda komen yang menyenangkan fikiran,

Saya nak respon dengan jawapan makmum memilih imam yang mempunya pelbagai kelebihan. Suaran merdu, bacaan lancar, banyak ayat dihafal. Ya ini memang kriteria seseorang imam yg berkebolehan.

Saya mengalami perasaan teruja bila menjadi imam di masjid Tunku Raja Perlis, ramai jemaah dan aktiviti berjalan dengan baik. Tetapi bila mana saya bertukar kerja ke sini, sukar untuk saya dapatkan jemaah yg ramai. sedangkan di universiti sudah mempunyai penduduk tetapnya.

Saya punya akal fikiran mengatakan, saya tidak mahu rasa gundah gelana memikirkan knp masjid dan sewaktu dengannya tidak diminati. Saya berikan mereka kebabasan memilih. Jika hendak datang masjid datanglah jika tidak mahu, ikut suka depe.

Kita kan sebuah negara demokrasi, setiap orang ada hak individu yg tersendiri.

annur huda said...

betul tu..pelajar yang sedang membesar, yang bru mula nak matang tidak boleh di paksa malah mereka akan lebih memberontak..sye rase statement sye ni tak salah..dan ia benar..

jadi kalau nak menggalakkan pelajar, biarlah dlm keadaan mereka ikhlas..itu lah stu jalan yang belum lgi ditemui oleh sape2..mungkin ustaz boleh buat kajian ke peringkat PhD nanti??

siapa tahu, ustaz mampu mengubahnya..

selamat berjaya..

Anonymous said...

salam.cukuplah hanya pendapat sebab terlalu hina dengan ilmu yang ada. Tetapi tidak beramal.
"Majlis agama, majlis yang baik jika adanya keikhlasan. Sejak dahulu, yang saya tahu (yang tidak tahu tak pasti) majlis agama sering dihadiri golongan minoriti(sedikit). Yang sedikit itulah yang ada keberkatanya. Yang minoriti lah kualiti imannya. Memang jarang majlis agama adalah majoriti. Saya menyokong usaha ustz..jangan berputus asa kearah memimpin kepada kebenaran. Ustaz boleh lakukan, zaman Rasulullah s.a.w. bermula dengan golongan minoriti yang bukan pun dari bangsanya sendiri, tetapi bangsa lain(menunjukkan bangsa tidak mempengaruhi iman, kadang bangsa cina lebih amalannya). Dalam masa yang lama, sedikit-demi sedikit Allah s.w.t. membuka hati lembut hamba-hamba sekeliling Rasulullah s.a.w.. Bukan untuk benchmark, tetapi sebagi motivasi diri.InsyaAllah sama-sama berdoa ustaz boleh. berdoa Allah membuka hati yang lembut hamba_hamba Nya."

sayangnya aku dalam kelompok majoriti.. ust boleh bantu..

muqay said...

Anom,

Kadang-kadang saya hairan knp kita mengangap majlis yg dihadiri audien yg sedikit dianggap satu keberkatan, adakah prgram yg mempunyai ramai audien tidak wujud keberkatan.

Ada sebuah kisah klasik, bagaimana Saidina Umar berdoa supaya beliau tergolong drpd golongan yang sedikit. Siapakah golongan itu sudah tentu orang yang bersyukur.

Jadi boleh kita katakan bahawa insan sedikit tadi adalah insan yang bersyukur?

annur huda said...

salam..

zaman sekarang ni ustaz..majlis yang baik, tentu kehadirannya amatlah sedikit.bukan mudah nak mencari majlis2 keagaam yang mereka ini dtg dgn ikhlas..

kalau kita tgk sekrang di masjid atau surau kehadiran yang dtg hanyalah dtg dr golongan orang-orang berumur??kemane plak golongan muda mudi??

jikalau majlis yang dihadari hanyhalah sebilangan shj, mereka itu boleh dikatakan dr golongan yang sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Allah.mulianya mereka andai mereka hadir dgn hati yg ikhlas serta rendah diri.. zaman sekrang..ada lagikah manusia sebegitu..itulah dikatakan bilangan minoriti..

jgn katekan orang lain..diri saya sndiri..kadang2 jgak..payah nak ikut mak atau nenek sya ke majlis ilmu.. kadang kala, sya akan pergi juga..itulah dlm keadaan ikhlas nya sye pergi...