- Tahniah untuk adik, Mohd Afiat Dhiya'ulhaq, Selamat Pengantin Baru. Maaf abg lambat menulis entry ini untuk adik. Berkahwin pada 14 Mac 2009. Berkahwin dengan seorang gadis dari negeri yang sama dengan abgnya iaitu Penang. Ya memang Afiat banyak persamaan dengan abgnya. Bezanya mungkin dia lebih menawan dari abgnya,huh..
- Bulan Mac tahun ni, cuti banyak dihabiskan untuk balik kampung di Perlis, Pulau Pinang dan Selangor (Tanjung Karang) Johor tidak sempat. Risau anak kecil banyak berjalan nanti sakit. Hehe alasan Walid sebenarnya letih.
- Alhamdulillah semua sihat, ketika pulang ke Tanjung Karang singgah membeli durian. Sudah lama tidak makan durian, aku beli tiga biji RM 30. Mahal kerana bukan musimnya. Aku kepingin sangat sanggup beli.
- Sampai di rumah embah, kata Embah Wedok "Embah Lanang suka makan durian". Alhamdulillah. Sebenarnya aku tak tahu nak beli apa bila bercuti di Tanjung Karang. Maklumlah budaya berbeza.
- Di Tanjung Karang sempat ziarah sahabat Darul Quran, Wak Syuk. Sebenarnya aku ingat lagi kata-kata emaknya lima tahun yang lalu "Miqdad bila sudah kahwin bawa isteri datang sini ya". Percakapan Melayu tetapi lenggok Jawa. Alhamdulillah emaknya masih ingat.
- Aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih Wak Syuk sudi juga balik rumah kerna aku yer.
- Maaflah semua, mood tengah pulih.
“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Wednesday, April 8, 2009
Ingin Membina Semula
Ingin bermula semula bukan satu tajuk yang berat dan sarat dengan pemikiran dan emosi, ini adalah untuk memujuk diri supaya mengasuh sikap ingin menulis perlu diteruskan. Ada beberapa perkara ingin disentuh tapi perlu menagmbil masa yang sesuai untuk difikir dan ditulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment