Tuesday, April 14, 2009

Pesta Buku 2009

Tahun ini pesta buku berlangsung lagi pada 17-26 April 2009. Pada tahun lepas saya tidak juga sempat pergi ke sana jadi masuk pada tahun ini sudah dua tahun tidak menjejak kaki di PWTC. Sebelum ini tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri pesta buku.

Pada tahun lepas walaupun tidak pergi ke Pesta Buku 2008, namun tetap juga memborong buku di sana melalui bantuan seorang rakan bloggers. Tapi pada tahun ini belum tentu lagi. Tahun lepas kos buku diborong walaupun tidak ke sana habis dalam RM 250. Kebanyakan buku yang dibeli ialah novel-novel Faisal Tehrani.

Tahun ini, ada lagi novel beliau yang masih belum dimiliki seperti Saasatul Ibad dan Ketupat Cinta. Tahun ini mungkin tidak semewah dahulu disebabkan telah banyak membeli buku-buku rujukan Sarjana.

Rasa rugi tidak pergi, tetapi jikalau pergi habis!

6 comments:

annur huda said...

salam..sekadar nk "nyibuk" disini..

alhamdulillah..insyaAllah kesempatan yg diberi,sya akan ke pesta buku 2009.(dulu time belajar,tak sempat nk balik)..balik ke KL (23/4) semata-mata pesta buku, manakan tidak, byk buku yang telah tersenarai.hanya menunggu pesta buku semata-mata ingin dapatkan harga yang murah.time-time lain, pastinya harga mahal dan tiada harga untuk pakej..pastinya beratus juga hbs..

Saya mencari buku Ramlee Awang Murshid serta Saifulislam.com.. InsyaAllah FT punye buku, akan tersenarai jga..

pastinya saat yang menarik..(harap statement ni tidak "mencemburui" ustaz)..(^,^)

muqay said...

Cemburu kepada sesiapa yang rajin membaca buku, sedih krn kurang baca buku dalam bulan ni.

Sibuk? tidak juga.

Rajin2 baca novel FT, memang boom!

annur huda said...

buku FT..mmg hebat, tak terjangkau dek akal..yang FT boleh menulis sebegitu..isu semasa namun di olah dalam bentuk yang lain namun penyampaian tetap di fahami,.(baru mula bca buku FT tahun lepas selepas saranan teman),

insyaAllah, pasti baca,( Tuhan Manusia,Advencer Si Peniup Ney ) sebahagian yang dh dibaca..mmg menarik..sedang mencari "surat-surat perempuan johor"..pastinya menarik..

muqay said...

Surat-surat perempuan memang "wajib" dibaca.

Ustaz ada, memang mendapat sesuatu yg baru bila membacanya. Lebih-lebih lagi seorang gadis yg mendambakan "cinta".

annur huda said...

nampak gayanya, kalau dh ade komen bgitu..mmg kne bce ni.sye pun cume bce sinopsis je, itu pun dh nmpak tertarik.sbb tu kne cri gak buku tu, harap dia masih keluarkan, coz peminat FT (en hisham) pun tak baca lagi buku tu kalau tak silap saya..kalau dia dh baca pastinya, sya dh pinjam dari dia..

insyaAllah, sya akan cuba cari buku tu..

muqay said...

Annur Huda,

Pada pikiran hamba masih ada di kedai buku MPH. Boleh mencari di sana jika tuan hamba ada dambaan.