Monday, April 27, 2009

Harap-Harap Mak Mai Minggu Ni


Ingat minggu ni nak balik kampung. Sebulan tak balik rasa lain macam. Balik kampung kena angin Kangar sambil pekena nira.


Lagi satu bulan ni sudah dijangka bulan buah pelam di Perlis. Sudah tentu raja segala mangga Harum Manis. Sebab tu nak balik sangat. Rindu...angin, laksa kuala perlis, nira, harum manis, rojak, tangkap ikan, tangkap sotong. hmm memang seronok.


Ps: maaf bahasa tunggang langgang.

6 comments:

annur huda said...

wah buah pelam kate org kelate, Buah Pauh.oren nye menarik, pastinya isi nya manis sekali..

Khas buat Tuan Muqay,

Buah Mempelam di tepi Pagar,
masak nya ranum, harum baunya,
andai niat nak balik ke kangar
jgn lupa, angkut sekali buahnya.

ke kuala perlis pekena nira,
niranya manis, menambat hati,
nak minum kena ada cara,
jgn sampai menyesal nanti.

candat sotong, tangkap ikan,
buat makan Tuan Muqay sekeluarga,
kalau Tuan Muqay rindu sgt nak makan,
cepat2lah balik bawa keluarga.

p/s:Buah Pauh, kuning oren warnanya,
baunya harum, manis rasanya
kegemaranku dari dulu sampai sekrang...

"tergoda" dgn gmbr buah pauh...

LUKISAN PENA said...

komander muqay,

kalo balik peghlis...jangan lupa na...selit sebijik-dua 'harum manis' untk sang perindu yang kesepian di mache' nih deh....

best la..dapat jompa famly..

che-deal said...

Salam ustaz,
kalau ada rezeki, bawakla sikit buah pelam kt aku ye. Lama mengidam pelam perlis. nanti aku bayar la kalau hang bawak mai 3 kilo ka.
kalau boleh..

muqay said...

Putri Huda,

Nak jawab ker pantun ni? hehe, tak balik lg, ingat mmg nak balik tp cuti 2 hari jer. Teringat mangga krn mak sebut musim harum manis skrg ni.

muqay said...

Lukisan Pena,

Hero kesepian, nanti ambo balik boleh bawakan. Sama ja kita tgh kepingin krn rindu kampung.

Tuan Dil,

Aku nak bawa untuk Tuan Dil dl, sbb dia nak sponsor kita mkn mangga.

Buat amal jariah ni,kita kene support.

annur huda said...

ustaz,

takleh cuti lagi ke??

ke cuti pun kene beku..?? itulah pengorbanan bekerja jauh dr kg halaman, sentiasa rindukan mereka yang tersayang ..

"i'll survive" n "i'm alone"..hehe..