Tuesday, April 14, 2009

Pls Tolong Janda-Janda Di Malaysia

Tajuk entri kali ini bukan sebarangan, jangan salah faham. Tolong wanita-wanita yang mendapat status sebagai janda merupakan satu sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud : Nabi s.a.w. bersabda : Orang yang mencari nafkah untuk janda dan orang miskin seperti seorang pejuan di jalan Allah atau seperti yang bersolat di malam hari dan berpuasa di siang hari. (al-Bukhari).

Realitinya pada hari ini sudah jauh berbeza dengan saranan Rasulullah kepada kita. Apa yang berlaku masyarakat hari ini terutamanya lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita janda atas nama kebaikan, tetapi perkara yang dilakukan adalah sebaliknya.

Namun pada kaca mata wanita, janda merupakan perampas suami. Ini juga satu persepsi yang tidak adil untuk mengadili golongan yang lemah ini.

Apabila melihat kepada habuan yang cukup lumayan bagi sesiapa yang sanggup untuk membantu golongan ini perlu menilai sewajarnya. Contohnya janda yang miskin perlu diutamakan bukan mengutamakan janda yang kaya. Niat mestilah diperbetulkan.

Kepada yang mampu sila buat permohonan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Selamat mencuba

5 comments:

NUN@ said...

janda pun kdg2 ade yg tak sedar diri..so kena tgk jugakla..tkt adeyg mbik kesempatan n rosakkan rumah tangga org laen

muqayankabut said...

Nuna,

Wujudkah perkahwinan yang tidak mengambil kesempatan di antara satu sama lain?

annur huda said...

saya rasa, janda-janda pun punya perasaan gak, manusia mana yang takde perasaan..cume pandangan manusia saje yang selalu pandang serong dengan wanita yang memegang status janda..

ade 2 perkara yang lebih ditekankan tentang janda,,

1)janda yang mmg kaya dapat harta dari peninggalan suami..tapi mereka yg rapat dengan janda ini, lebih pndang kepada harta yg bujang mahupun yg masih berstatus suami..lebih2 dikatakan janda berhias..

2)janda yang tidak punya harta tapi menjaga tingkah lakunya dan budi pekertinya yang juga menjadi "pujaan" si bujang mahupun yg berstatus suami..

kedua2 kategori yg berlainan ini, mmg ade yang menjadi anti gadis2 serta isteri2 ni...

yg menjadi persoalannya, berapa ramaikah lelaki yang mengawini wanita yg berstatus janda ini..bukan kerana sifat atau hartanya??

wahai lelaki, kalau kamu hendak kahwin dengan wanita berstatus janda..ikutlah sunnah nabi, beri kanlah satu ALASAN yang kukuh kenapa mesti mengawini janda itu??

dan ukurlah dari segi kemampuan kamu untuk menanggungnya..dan mampukah kamu berlaku adil...??

muqayankabut said...

Bila kita melihat kepada wanita hari ini banyak meletakkan syarat kpd lelaki yang ingin berpoligami, menunjukkan wanita hari ini lebih terbuka dan bebas memberikan pandangan.

Sudah tentu kesannya positif, lelaki tidak sesuka hati hendak poligami.

Bila poligami hanya lelaki yang tahu berpoligami kerna nafsu atau membantu.

Begitu juga apakah bezanya, sekiranya monogami juga kerna nafsu bkn kerna mengikut sunnah dan tatacara nabi.

Bolehkah kita bertanya knp seorang lelaki dan wanita ingin berkahwin? apakah alasannya? adakah bukan kerana nafsu? Salah kah jika kerna nafsu?

annur huda said...

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”(QS An-Nisa, ayat ke-3)


"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.." (An-Nisa': 129)


Rasenye semua tahu akan ayat ini,..

tentang kawin kerana nafsu??sya tak nafikan, mereka kawin kerana nafsu, atau kata lain nye untuk elak buat maksiat (command answer)
tapi bukankah kwin itu yang mendorong kepada nafsu bukannya untuk menambah umat Rasulullah??

firman Allah yang bermaksud : " Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan / kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

seperti kata ustaz..kawin itu dpt menenangkan fikiran..itu, kalau kawin untuk pertama kali..kalau kawin untuk kedua n strusnya..tenang fikiran jgak ke??

nafsu akan datang, bila sudah berkahwin..kalau nafsu dtg sebelum berkahwin, rsanya..matlamat perkahwinan..sudah di salah tafsirkan..

harap ustaz perbetulkan, jika sye salah..sye cuma berkongsi pandangan sekdar dlm pengetahuan saya..