Thursday, April 16, 2009

Mimar Sinan Arkitek Islam


Semalam merupakan hari lahir seorang arkitek yang cukup hebat pada zaman Uthmaniyah. Tarikh lahir pada tanggal 15 April 1489 .


Artikel asal dikutip dari blog Istanbulian. http://istanbulian.blogspot.com/ ,Sinan the Great Architect .

3 comments:

annur huda said...

MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.

Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.

Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.

Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.

Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.

Jejaknya boleh kita lihat di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan tapak binaan sebelum mendirikan bangunan.

muqayankabut said...

Huda,

Semasa saya di sana (Istanbul), saya diceritakan mengenai sejarah hidup Mimar Sinan ini, apa yg terkesan dengan pendedahannya ialah satu sistem pendidikan yang diamalkan semasa pemerintahan Uthmaniyah.

Mereka membuat satu penilaian untuk encari kanak-kanak yg genius dan mereka memberi pendidikan dari awal sampai dewasa. Jadi Bagaimana Mimar Sinan ini boleh memeluk agama Islam kerna beliau di anatara kanak-kanak genius tersebut.

Jadi pada pandangan saya, Malaysia ada juga mempunyai kanak-kanak yang genius, perlu dikumpulkan dan berikan pendidikan yg khusus untuk mereka. Ini adalah aset yg cukup beharga seperti Adiputra. Sayang sekiranya insan sebegini dibiarkan.

annur huda said...

ustaz,

jadi beliau ni masuk islam sbb berada dikalangan kanak2 islam yg genius??begitu??

inipun sya cume dpt sedikit je cerita ttg dia..mg tgak kenal..just ustaz ckp n saya baru cari tentang nya..rupanya..dia salah seorang tokoh arkitek yang ternama..asalnya kristian dan akhirnya ISLAM..

ttg adik adiputra, bg saya, mereka tidak memberi pendidkan kepada dia, tapi hanya dibanggakan sahaja, tak berguna apa pun lagi kini, kisahnya seperti snyap sahaja..

pendidkan yg diterima hanya dr kelaurganya sahaja...saya rasa masih ramai lgi budak2 genius di malaysia ini, cuma tidak jumpa je..mustahil hanya 1 dari sejuta.. bakat terpendam siapa tau.. mungkin jgak pelajar cemerlah 20A itu, asalnya dahulu begitu, cuma dia hanya anak seorang nelayan jadi, kebolehannya dahulu tidak diketahui umum..