“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Monday, December 14, 2009
Saat Penantian Telah Tiba
Melangkah masuk ke dalam dan solat sunat dua rakaat tahiyat al-masjid dan wuduk kerana menjadi kewajipan sebagai hamba menurut perintah Yang Maha Esa. Sementara menanti detik perubahan yang akan menjadi sejarah hidup yang sukar dilupakan. Tertidor seketika kerana menanti tuan pendaftar perkahwinan.
Tiba pendaftar perkahwinan di pagi Jumaat di Masjid Besar Bayan Baru. Masjidnya besar. Aku menghampirinya bersama-sama saudara mara. Aku makin hampir dengan beliau dalam keadaan sopan dan santun. Berada dihadapan beliau menyemak boring yang telah diisi terlebih awal.
Tuan Pendaftar bertanya “Cuba kamu tengok balik nama dan alamat adakah betul?”
Sang Teruna menjawab “Ya, semua betul”.
Tuan Pendaftar meminta Sang Teruna Istighfar, “tiga kali”.
Sang Teruna pun menyahut, “astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”.
Tuan Pendaftar berkata “Istighfar penuh la”.
Sang Teruna tidak menjawan tetapi tersenyum, dan hati kecil ketawa. Apa beza istighfar panjang dan pendek? Sang Teruna akur dengan perintah tuan Pendaftar.
Aku berpusing ke kiri untuk ijab dan qabul oleh bakal bapa mertua. Tuan Pendaftar melihat. Ayah Majid juga meminta aku bersyahadah dan beristighfar, aku menyahut.
Ayah menikahkan anaknya Nor Hafizah bersama aku, dan aku terus menyahut dengan hati penuh debar tetapi bibir sempat mengukir senyum kepada abah yang berada disamping aku.
Aku lafaz semula untuk kali pertama. Saksi pertama Wak Kamal kata sah, dan saksi kedua atok Johor, minta ulang sekali lagi. Aku serba salah. Rekod akan tercalar jika menjadi dua kali.
Aku tetap akur untuk melafaz untuk kali kedua. Sah? Ya kedua-dua saksi menjawab.
Alhamdulillah, satu bisikan suara kedengaran di telinga, Miqdad engkau telah bertambah tanggungjawab, jadi laksanakan tanggunjawab ini. AKu terkedu seketika.
Saat terindah dikisahkan, menjadi rujukan sepanjang masa. Buat Isteriku terima kasih kerana menjadi peneman hidup dikala susah dan senang bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kali kedua.
Wednesday, November 25, 2009
Selamat Hari Lahir Afiat !
Hari ini adalah hari lahir beliau yang ke-24 hanya mempunyai perbezaan 1 tahun dengan abangnya yang juga mempunya minat yang sama iaitu suka bola sepak. Kami bersekolah rendah yang sama dan mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Beliau bermain di bahagian serangan dan abangnya menjaga di kawasan tengah sebelah kiri atau sayap.
Masih kuingati, pda tahun 1995, kami bersama rakan-rakan sinior membawa perubahan untuk Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar dengan mendapat tempat ketiga. Pada tahun berikutnya 1996, kami sekali lagi lagi berjaya meningkat lagi ke tempat kedua dan pada tahun 1997 beliau bersama-sama rakan-rakannya dapt membawa kejayaan untuk sekolah dengan mengungguli kejuaraan pada tahun itu.
Kami berdua ada keserasian tapi bezanya saya kesekolah agama dan beliau ke sekolah program sukan. Semasa kami bersekolah rendah, bermain bersama rakan-rakan di Taman Seriab, Kangar. Kami selalu dipisahkan untuk mengimbangi pasukan supaya sama kuat dan sama gagah. Akibat daripada itu, kami seringkali bertelagah dan bergaduh sesama sendiri. Ini kerana semangat yang ada pada diri kami yang senantiasa inginkan kemenangan.
Pasukan bola yang diminati juga sama iaitu Manchester United. Kami berdua meminati pasukan ini sejak pada tahun 1990 lagi. Masih ingat, pemain idamannya adalah Eric Cantona dan aku meminati Ryan Giggs. Kami beberapa kali mendesak abah untuk membeli jersey tapi tidak diizinkan emak dan akhirnya abah menuruti jua hasrat dan minat kami untuk memiliki jersey Red Devil tersebut dengan satu perjanjian, kami perlu belajar bersungguh.Abah bukan seorang peminat Red Devil tetapi pasukan pilihannya ialah Newcastle United dan pemainnya ialah Kevin Keegan.
Di sini masih kuingati pada tahun 1995, kami berdua disunatkan pada tahun cuti sekolah, abah menyembelih seekor lembu pada ketika itu untuk meraikan kami berdua yang akan meningkat ke usia dewasa. Pada masa itu, jarang sekali masyarakat kampung Bangsal Lebah membuat kenduri sunat dengan menyembelih lembu dan abah sanggup membeli seekor lembu. Kenduri dibuat di rumah Wan Lah. Hasil daripada sedekah masyarakat dan rakan-rakan abah kami menyimpan wang ini di Tabung Haji.
Pada hari ketiga bersunat, abah membawa kami ke stadium utama kangar untuk menonton perlawanan antara Perlis dan Kedah yang kesudahannya Perlis tewas 5-4. Semasa itu kami berdua berjalan keluar hanya dengan memakai seluar pendek kerana masih belum sembuh sepenuhnya.
Banyak perkara yang kami lakukan bersama, bezanya beliau seorang yang agak pemalu dan abangnya telalu excited dalam beberapa hal. Beliau berjaya dalam bola sepak dan saya menceburi bidang lain seperti syarahan, pidato, forum, debat, hafazan dan tilawah disamping bermain bola sepak.
Mohd Afiat Dhiyaulhaq nama diberi semperna seorang presiden Pakistan semasa itu. Selamat Maulid ya Akhi habibi.
Tuesday, November 17, 2009
Terapi Minda
Minggu ini, ada tugasan luar untuk mengiri mahasiswa ke UiTM Shah Alam selama 4 hari 3 malam. Setelah diberi tahu kepada isteri petang semalam menampakkan kekecewaan kerana terpaksa membatalkan agenda yang telah dirancang.
Malas sebenarnya hendak pergi namun, tugas tetap juga dilaksanakan.
Monday, November 16, 2009
Jaga Setiap Ungkapan Kita
Dalam sebuah keluarga, ibu atau ayah menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa menjadi pengadil dan member hikmah kepada anak-anak. Jika ibu bapa melarang sesuatu anak-anaknya melakukan sesuatu kelakuan yang salah, maka peranan ibu bapa juga untuk menegur dan seterusnya member hikmah. Tetapi sebelum menegur, perlu melihat masalah yang dilakukan oleh anak-anaknya, misalnya bapa merokok masakan pula boleh menegur anak yang merokok. Paku serbih orang yang mengata dia yang lebih.
Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mengaji al-Quran salah faham. Mereka mahu anaknya kenal al-Quran tetapi ibu bapa tidak kenal akan al-Quran. Bagaimana mungkin perkara ini akan berlaku? Ataupun ibu bapa hanya hendak anak-anaknya habis dan khatam al-Quran, buat kenduri pulur kuning, panggil ustaz baca doa untuk meluluskan bahawa anaknya sudah khatam al-Quran. Selepas khatam sudah semestinya perlu dibaca setiap hari di rumah. Al-Quran bukan sijil diploma selepas khatam tinggal begitu sahaja. Ini satu perkara ibu bapa masakini tidak memahami. Biarkan anak-anak mereka begitu sahaja.
Begitu juga juga dapat dilihat, ibu bapa tidak menitik beratkan solat berjemaah di Masjid atau di mana-mana. Ibu bapa bising melihat anak-anaknya culas sembahyang. Ibu bapa tidak member penekanan sewajarnya kepada anak-anak. Kita melihat ibu bapa member penekanan kepada peperiksaan lebih utama daripada solat secara berjemaah. Tidak perlu pergi jauh lihat kepada jiran tetangga atau masyarakat sekeliling sudap cukup untuk membuktikannya.
Boleh atau tidak seorang bapa tidak solat memarahi anaknya yang tidak menunaikan solat sepertinya? Boleh atau tidak seorang yang tidak solat jemaah memarahi orang yang tidak solat jemaah sepertinya? Perkara ini berlaku. Pemantau yang tidak berautoriti, pemantau yang hanya tahu bercakap tetapi tidak membuat seperti yang beliau ungkapkan. Lihat dalam surah al-Saf, ayat dua dan tiga. Allah benci kepada golongan ini.
Sesungguhnya perkara sebegini perlu di ambil kira dengan sewajarnya. Bukan hanya menampakkan kesalahan orang lain tetapi perlu melihat kepada diri sendiri.
Jaga Setiap Ungkapan Kita
Dalam sebuah keluarga, ibu atau ayah menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa menjadi pengadil dan member hikmah kepada anak-anak. Jika ibu bapa melarang sesuatu anak-anaknya melakukan sesuatu kelakuan yang salah, maka peranan ibu bapa juga untuk menegur dan seterusnya member hikmah. Tetapi sebelum menegur, perlu melihat masalah yang dilakukan oleh anak-anaknya, misalnya bapa merokok masakan pula boleh menegur anak yang merokok. Paku serbih orang yang mengata dia yang lebih.
Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mengaji al-Quran salah faham. Mereka mahu anaknya kenal al-Quran tetapi ibu bapa tidak kenal akan al-Quran. Bagaimana mungkin perkara ini akan berlaku? Ataupun ibu bapa hanya hendak anak-anaknya habis dan khatam al-Quran, buat kenduri pulur kuning, panggil ustaz baca doa untuk meluluskan bahawa anaknya sudah khatam al-Quran. Selepas khatam sudah semestinya perlu dibaca setiap hari di rumah. Al-Quran bukan sijil diploma selepas khatam tinggal begitu sahaja. Ini satu perkara ibu bapa masakini tidak memahami. Biarkan anak-anak mereka begitu sahaja.
Begitu juga juga dapat dilihat, ibu bapa tidak menitik beratkan solat berjemaah di Masjid atau di mana-mana. Ibu bapa bising melihat anak-anaknya culas sembahyang. Ibu bapa tidak member penekanan sewajarnya kepada anak-anak. Kita melihat ibu bapa member penekanan kepada peperiksaan lebih utama daripada solat secara berjemaah. Tidak perlu pergi jauh lihat kepada jiran tetangga atau masyarakat sekeliling sudap cukup untuk membuktikannya.
Boleh atau tidak seorang bapa tidak solat memarahi anaknya yang tidak menunaikan solat sepertinya? Boleh atau tidak seorang yang tidak solat jemaah memarahi orang yang tidak solat jemaah sepertinya? Perkara ini berlaku. Pemantau yang tidak berautoriti, pemantau yang hanya tahu bercakap tetapi tidak membuat seperti yang beliau ungkapkan. Lihat dalam surah al-Saf, ayat dua dan tiga. Allah benci kepada golongan ini.
Sesungguhnya perkara sebegini perlu di ambil kira dengan sewajarnya. Bukan hanya menampakkan kesalahan orang lain tetapi perlu melihat kepada diri sendiri.
Friday, November 13, 2009
Keluarga al-Hafiz
Boleh ikuti kisah dan pengalamannya di sini. Asni pernah mahu jadi doktor.
Beliau mempunyai kisah yang menarik. Saya juga ingin anakda menghafal al-Quran. Inilah impian yang senantiasa didoakan.
Tuesday, November 10, 2009
Boleh Mengendong Anak Dalam Solat
Monday, November 2, 2009
Susu Ibu
Kaum bapa jelas diberi kesempatan untuk memenuhi keperluan ibu yang sepenuh masa memberi penyusuan kepada anak. Dua tahun satu tempoh yang diberikan.
Sekarang ini terdapat dikalangan kakitangan yang bertanya soal memberi susu ibu kepada anak mereka. Saya berkongsi pandangan dengan bakal-bakal ibu dari sudut agama dan peranan suami dalam memberi sokongan kepada kepada isteri untuk memberi susu ibu kepada bayi mereka.
Kaedah-kaedah diterangkan, bagaimana hendak memerah dan kaedah penyimpanan susu. Ini berdasarkan pengalaman peribadi dalam menguruskan ibu yang bekerja dalam penerusan pemberian susu ibu. Anak saya sudah 1 tahun 1 bulan masih meneruskan susu badan. Alhamdulillah, kesannya tidak mudah sakit, aktif, cepat belajar dan cepat berjalan.
Meraikan kebaikan susu ibu. Jika kekurangan susu boleh membeli vitamin.
Thursday, October 22, 2009
Terkena, Nak Buat Macam Mana
Satu lagi kes yang tidak sepatutnya menjadi bahan tatpan umum di akhbar perdana. Perkara sekecil ini harus diselesaikan secara baik dengan berjumpa guru atau pihak pengurusan sekolah. Adakah setiap kali kesilapan guru harus "diajar" dengan melaporkan kepada wartawan dan pihak berkuasa.
Jika hendak dibandingkan perkara ini suatu ketika dahulu. Pengalaman peribadi juga pernah dipukul dan ditampar oleh guru. Itu satu bentuk hukuman kerana kesalahan kita atau untuk mengajar anak didik supaya menjadi manusia yang tehormat, bukan menjadi insan yang manja seperti yang berlaku pada hari ini anak-anak muda masih lagi bergantung harap dengan bantuan ibu bapa.
Pernah terpikir nafkah bapa kepada anak lelaki adalah sehingga anaknya baligh. Itu sahaja tetapi pada hari ini masuk universti masih lagi tidak wujud kematangan dengan meminta sedangkan sudah mendapat pinjaman wang. Akibatnya melahikan generasi yang tidak mempunyai semangat juang yang tinggi.
Sikit-sikit mak, sikit-sikit abah, hmmm..Bila masa kematangan akan hadir dalam diri?
Thursday, October 15, 2009
Jika Dilamar
“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (Hr Ibnu Majah)
Wednesday, October 14, 2009
Tuesday, October 13, 2009
kekuda
Diperkudakan!
Sunday, October 11, 2009
Kahwin Muda Bukan Halangan
MASTURA bersama anugerah yang dimenanginya pada Majlis Konvokesyen UIA ke-25 di Gombak semalam
.
GOMBAK – Biarpun berkahwin pada usia 19 tahun dan masih menuntut di universiti, Dr. Mastura Mat Rosli masih mampu membahagikan masa dengan baik tanpa menjejaskan kerukunan rumah tangganya dan pelajaran.
Lebih menarik lagi, ibu berusia 25 tahun ini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semalam dinobatkan sebagai pelajar terbaik secara keseluruhan sempena Majlis Konvokesyen UIA ke-25 yang bermula semalam hingga esok.
“Saya bersyukur dengan apa yang diberikan dan diumumkan sebagai pelajar terbaik. Pengorbanan saya sebelum ini terbalas walaupun dalam masa lima tahun saya dan suami hanya berjumpa pada hujung minggu sahaja kerana saya berada di Kuantan, Pahang.
“Anak saya berusia dua tahun dijaga secara bergilir-gilir oleh keluarga saya, keluarga mertua dan pembantu rumah. Sekarang barulah dapat duduk sekali dengan suami selepas selesai pengajian,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Sumber: Kahwin muda bukan halangan
Ini satu bukti dan hujah yang boleh digunapakai oleh remaja remaji yang kepingin berumah tangga. Demi Masa depan.
Monday, October 5, 2009
Harapan Masih Ada
Thursday, October 1, 2009
Teman Baru
- Satu kejutan yang dirancang oleh bapa saudara Pakteh bersama isterinya Makteh Sharina memang betul-betul terjadi. Perkara ini dirahsiakan daripada pengetahuan Tok Cah dan Tok Wan.
- Katanya Pakteh hendak balik beraya pada hari raya tahun ini bersama Makteh, tetapi kunjungan mereka tidak tiba sehinggakan saudara mara pulang ke kota.
- Rupa-rupanya Makteh telah selamat melahirkan anaknya yang pertama yang diberi nama Zahra.
- Tarikh jangkaan ialah pada bulan november tetapi kerana kepenatan dan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan kelahiran anak lebih awal daripada jangkaan.
- Saudara mara tidak mengetahui Makteh telah mengandung kerana masih lagi belajar di Moscow dalam bidang perubatan. Katanya hendak habiskan dahulu pengajian.
- Perjalanan jauh dari Moscow pada 29 Ramadhan dan melahirkan anak pada 2 Syawal.
- Tambah seorang lagi sepupu dalam keluarga Tok Cah dan Wan Safar.
- Semua bapa saudara sudah ada anak masing dan Pakteh yang terakhir.
- Selamat datang Zahra Idris dalam keluarga kami.
Monday, September 28, 2009
Jauh dan Keletihan
Letih dalam keseronokan.
Wednesday, September 16, 2009
Jadual Perjalanan Hari Raya
Bila anakda 'Aish demam jadual perjalanan pulang ke kampung mungkin dirombak semula tetapi jadual dan perancangan asal akan diikuti sekiranya buah hati Walid sihat. Insyaallah.
16.9.2009 (Rabu)
Hari ini bertolak pulang ke Pulau Pinang selepas Zohor disebabkan besok berjanji hendak berjumpa murabbi di USM. Harapannya tidak ada masalah dengan bab yang kedua ini.
17.9.2009 (Khamis)
Bertolak ke Perlis. Pada tahun ini giliran raya di kampung halaman sendiri. Setelah berjaya mengayat adinda dengan memberi pelbagai alasan dan konotasi. Maka berjaya juga tahun ini raya di Perlis.
21.9.2009 (Isnin)
Hari raya kedua bertolak ke Tanjung Karang, Selangor. Kali pertama pulang berhari raya di sana. Mungkin ada kelainan. Seumur hidup ini merupakan kali pertama raya ditempat lain manakala Fizah sudah dua kali berhari raya di Perlis termasuk yang terbaru ini. Berada di Tanjung Karang selama tiga hari.
23.9.2009 (Rabu)
Bertolak pula ke Pontian, Johor. Bila pergi Pontian dijangka mudah untuk membeli belah barangan kereta yang murah dan dekat pula dengan pelabuhan kukup. Rasanya hendak pergi ke pulau Karimun Indonesia, tempat beli belaj barang yang murah. Jaraknya tidak jauh rasanya lebih kurang Kuala Perlis ke Langkawai. Ini juga kali pertama berhari raya di Johor. Tahun lepas datang semasa cuti sekolah.
26.9.2009 (Sabtu)
Ambo kelik Kelate hari ini. Setelah puas berhari raya. Rasanya jalan akan sesak pada hari ini.
Tahun ini warna dipilih ialah warna hijau pucuk pisang. Sebab 'Aish suka makan pisang bersama Walidnya. Hari raya tahun ini, jauh jaraknya dan rasanya memberi kepuasan dalam erti kata rapat kasih silaturrahim antara saudara mara yang jarang sekali bersua.
Tuesday, September 15, 2009
Program Merakyat di Jeli
Setiap program sempat memberi tazkirah Ramadhan. Pada hari pertama tajuk mengenai mencari Lailatul Qadar dan pada hari kedua tajuknya ialah Menyambut hari raya berdasarkan al-Quran dan Hadis. Walaupun acara ini ringkas tetapi wujud kepuasan dengan soalan-soalan yang lain dari yang lain.
Rasa perbezaan dari tutur bicara bila berprogram bersama masyarakat kampung. Ayat-ayat yang seirng digunakan perlu diolah untuk menjadi mudah. Sukar sebenarnya bila bertukar audien dari mahasiswa kepada orang dewasa.
Program sebegini diadakan setiap tahun dan program ini merupakan satu servis untuk masyarakat bertanya dan berkongsi maklumat mengenai UiTM dan kebijakan pemimpin politik di Malaysia.
Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
Batal Puasa Ker?
Dalam kesibukan menghadiri jemputan ceramah dan tazkirah ramadhan ni. Ada pelbagai soalan yang berulang dan soalan terbaru yang perlu difikirkan. Pagi tadi ada satu soalan daripada seorang pendengar.
“Ustaz batalkah puasa sepasang suami isteri jika bercium di siang hari?” Kenapa soalan ini ditanya pada saat pengujung Ramadhan begini? Setelah selesai semua soalan dijawab ada soalan mengenai penerangan aku mengenai solat Jumaat.
Sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat adakah solat Jumaat boleh ditinggalkan pada hari itu? Soalan ini pernah dihadapi semasa di negeri tercinta. Selesai penerangan, terdapat seorang pendengar yang rasanya kurang berpuas hati. Tidak mengapa boleh dibincangkan lagi.
Macama soalan timbul, menitis ubat eye more adakah batal puasa? Seorang pengidap asma yang bergantung hayat dengan alat bantuan (tak tau nak sebut).? Bagaiamanakah individu ini boleh berpuasa.
Tiap-tiap tahun isu ini wujud dalam sesi kuliah mahupun tazkirah.
KB, parking yang menyusahkan
Letih bawa kereta, letih tekan brek dan kelas. Nasib baik hati hari ini ok. Aish pasti gembira sebabnya pusing satu tesco dia jadi pemandu troli. Nasib walid pemandu yang kuat.
Satu lagi hadiah hari jadi Aish sempat beli tadi. PAsti jangok anak ambo...hehe
Friday, September 11, 2009
Mak Mah Pasar Siti Khadijah
Aku ingat rumahnya dekat dengan rumah Kak Long sebabnya isteri kata tak jauh dari rumahnya. Jadi aku pun sampai di Pangkalan Chepa. Rupanya silap dan tersesat. Patah balik untuk cari rumahnya di Tanjung Chat. Pertama kali dengar nama kawasan ni. Ingat Tanjung Tuan saja yang ada.
Alhamdulillah hasil bantuan suaminya yang mencari aku membawa kembali ke pangkal jalan. Berbuka dengan kuih akok. Rrupa-rupanya kuih ni memang diminati oleh kebanyakan rakyat Kelantan. Aku kurang minat kuih ini sebab bau telurnya agak kuat. Tetapi di Kelantan memang kaya dengan kuih muih.
Sedap makan daging masak kicap yag dicampur rempah. Pertama kali juga makan masak kicap campur rempah ni. Sedap Mak Mah masak.
Besok pergi ke kadainya untuk cari kain pasang dan tudung untuk adik-adik dan saudara mara. HArap besok KB tak ramai sangat orangnya.
Ucapan Untuk.....
Tuesday, September 8, 2009
Kenangan Ramadhan
Bulan Ramadhan banyak meniggalkan kenangan manis kepada setiap insan. Saya terkenang dua kenangan manis ketika ini kerana sebenarnya banyak jika hendak dicoretkan di sini.
Pertama: Pada 15 Ramadhan 1428 Hijrah, dua tahun dahulu buat pertama kalinya menjejaki rumah Nor Hafizah. Semasa masih belum bertunang tapi dalam keadaan berkenalan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 dan Ramadhan 1428 Hijrah. Bertolak dari Perlis menaiki bas Tranasional tiba di Buterworth jam 3 petang.
Pertama kali tiba di Bukit Gedung, jantung tiba-tiba berdebar. Sebelum ini tidak pernah berdebar sebegini rupa. Jejak kaki di rumahnya setelah pintu terbuka dengan sendirinya. Jantung berdegup kencang.
Masuk dalam rumah, duduk seketika atas sofa, cara untuk hilangkan debar minta izin pergi ke tandas. Selamat rasa seketika. Selamat selepas itu, bersembang dan tunggu untuk berbuka puasa.
Kedua: Tanggal 18 Ramadhan 1429 Hijrah mendapat gelaran baru tidak sampai setahun perkahwinan. 4.30 pagi di hospital Pulau Pinang Nor Rahadatul 'Aish dilahirkan. Gelaran Ibu untuk Nor Hafizah. Terima kasih tahniah buat isteri Nor Hafizah dengan gelaran baru ini.
Anakda sudah setahun mengikut kalender Hijri. Setiap kemajuan dan perubahan walid menantikan penuh sabar. Dari meniarap, merangkak dan 10 bulan berjalan. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.
Selamat Hari Lahir Nor Rahadatul 'Aish bt. Mohd Miqdad Aswad, BÉrakallÉhu FÊka.
Wednesday, September 2, 2009
Satu Pencarian
Pagi tadi membaca satu entry terbaru daripada supervisor saya Dr. Nizam. Beliau menulis satu entry yang bagus mengenai satu kisah pengislaman seorang Chinese. Saya juga ingin berkongsi kisah ini bersama tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, datuk-datuk, nenek-nenek dan saudara saudari. Kisah pengembaraan mencari jalan kebenaran.
Boleh lihat di www.drnizam.com
Cuti Hari Kemerdekaan
- Pulang ke kampung isteri di Pulau Pinang pada petang Khamis lepas. Kepulangan kali ini agak menguju tahap pemanduan dan kecekapan, bila mana cermin kereta di hadapan retak seribu sebelum sampai Tasik Banding. Jarak yang masih jauh menjadikan perjalanan kurang enak kerana terdapat anak kecil bersama. Memandu kereta dalam keadaan hujan dan cermin pecah amat memenatkan dengan pemandangan memang terbatas dan amat berbahaya. Alhamdulillah dengan bantuan daripada Allah sampai di Penang jam 7.30 malam. Kesian 'Aish terkejut dengan pekikan suruh keluar dari kereta. Besok pagi terus hantar kereta ke bengkel selamat RM $00.
- Petang jumpa murabbi untuk pembetulan bab pertama dan kedua. Terima kasih Dr. Nizam.
- Sabtu memandu ke Perlis, jumpa mak rindu sangat dengan cucunya, ingat rindu dengan anaknya, 'Aish telah merampas tempat walidnya. Jika pulang ke Perlis tidak sekiranya tidak menjamah laksa Kuala Perlis, habis ½ kg.
- Petang Isnin bertolak ke Kelantan, sedang sedap memandu dikejutkan dengan satu kemalangan sebuah bas dan sebuah kereta Satria. Bas menjunam ke dalam gaung dan Satria hancur. Ngeri!
- Sekarang sedang melihat dan memilih cuti yang sesuai hendak berhari raya. Tahun ni beraya dari Perlis hingga ke Johor.
Wednesday, August 26, 2009
Hari Ini, Kelmarin dan Semalam
Bila membaca majalah kurier pada Disember 1980, majalah pada bulan ini hanya membicarakan mengenai kenangan terhadap kesarjanaan Ibnu Sina. Majalah pada Disember 1980 ini dikeluarkan khusus untuk membicarakan mengenai sambutan kelahiran Ibnu Sina yang ke-1000. Hebat insan yang telah tiada seribu tahun dahulu masih lagi dikenang sehingga ke hari ini.
Bila mana mana membaca perihal Ibnu Sina yang hebat dalam pelbagai disiplin ilmu, kadangkala mengingatkan kita mengapa kita hari ini tidak dapat menjadi seperti beliau. Walaupun terdapat pandangan daripada Hujjatul Islam Imam al-Ghazali yang menjawab segala persoalan falsafah dalam karyanya mengenai Ibnu Sina. Namun tokoh ini tetap disanjung kerana kepakaran, keilmuan dan ketokohan beliau dalam menjana perkembangan ilmu pada zaman tersebut. Saya pertama kali membaca mengenai Ibnu Sina. Sebelum ini saya beranggapan bahawa beliau hanya terlibat dalam bidang ilmu kedoktoran sahaja tetapi beliau berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu falasafah, kedoktoran, metafizik, kimia, dan banyak lagi.
Semalan setelah balik dari Pusat Islam selepasa solat Subuh, seperti biasa buka al-Quran sambil melayari laman-laman tertentu. Semasa membuka terdapat satu kad ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-25. Baru aku perasan rupanya semalan adalah hari lahir aku.
Terima kasih wahai isteri yang tidak pernah lupa tarikh dan ketika kenangan bersama. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengungkapkanya juga. Tiada party pada tahun ini, tiada nasi ayam, dan tiada Kenny Rogers. Minggu balik Penang rasanya ingin menyambut di Kenny Rogers.
Pada 18-19 Ogos lepas saya menghadiri satu seminar di USM Penang. Saya telah membentangkan satu kertas kerja mengenai Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawwuf: Satu Analisis. Saya tidak menjangkakan bahawa akan ditanya begitu banyak soalan dilontarkan, terkejut dan terkesima bila dipuji dan dikorek rabakkan oleh pendengar. Tidak mengapa kekurangan ini akan ada penambahbaikan. Terima Dr. Nizam Sahad kerana banyak membantu dalam menyelesaikan kertas kerja ini.
Rasa satu ketagihan selepas satu seminar untuk membentang kertas kerja. Seronok diprovokasi.
Monday, August 24, 2009
Monday, August 17, 2009
Red Devil
- MU memulakan langkah pertama dengan penuh bergaya dengan kemenangan pertama ke atas Birmigham dengan jaringan 1-0.
- Buat Liverpool salam takziah, Benitez jika hendakkan kemenagna janganlah terdesak kemenangan melalui penalti. Torres kata Liverpool pasukan elit, jadi kalah menang mesti dengan hormat.
- MU akan memulakan langkah seterusnya minggu hadapan dalam bulan Ramadhan jadi berkemungkinan pasukan yang ingin kemenangan berusahalah ada bulan Ramadhan nanti kerana RED DEVIL akan dibelengu dalam bulan rahmat itu.
- Jangan khuatir MU pasukan yang tidak peri kemanusian akan tetapi pasukan yang mementingkan kejuaraan. Beniez simpan dulu hajat untuk mengatasi MU.
Friday, August 14, 2009
Kesibukan Yang Menghambat
Bermula dari dua minggu lepas jadual padat dengan aktiviti-aktiviti sukan, ceramah, kuliah, kertas kerja seminar, kertas kerja melaksanakan program dan sebagainya.
Sekarang sedang menyiapkan slide untuk ceramah kursus Imam Muda UiTM Kelantan malam ini. Pada masa yang sama juga menyiapkan slide untuk perbentangan kertas kerja di USM minggu hadapan.
Pada masa yang sama juga sibuk menghantar para pelajar yang sakit demam ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakannya risau dengan H1N1 atau selesema Babi.
Petang ini selepas Jumaat ada dialog dengan Prof. Dr. Osman Bakar mengenai Islam & Demokrasi di Hotel Redel Kota Bharu. Banyak program dan harap-harap Allah berikan kesihatan kepada saya.
Thursday, August 13, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Tahniah Abg Fizz (Wak Fizz & Wak Izza)
Tahniah buat Abg Ipar dengan kehadiran cahaya mata yang pertama. Cahaya mata penyejuk hati Abg Fiz dan Kak Long Izza dapat seorang putri. Tahniah di atas kurniaan rezeki ini.
Nama tajuk di atas mungkin nampak pelik, tetapi tidak pelik kerana tuan punya blog berkahwin dengan orang jawa. After mangan Turu. Betul kot.
Monday, August 10, 2009
Sandiwara Alex Ferguson
Manchester United hanya mendapat kekalahan melalui sepakan penalti. Jika setiap pasukan yang menang melalui sepakan penalti sudah pasti kemenangan itu tidak mempunyai nikmat yang sebenanr. Biarpun pertandingan ini MU tidak mengambil berat seperti pertandingan EPL. Akan tetapi kekalahan menyebabkan ada pihak menyatakan ini mungkin kerana ketiadaan Ronaldo dan Tevez.
Musim ini MU sudah pasti mempunyai musuh peribadi seperti Man. City seperti yang diungkapkan oleh Tevez setelah perpindahan beliau ke sana. Namun, saya tetap percaya walaupun ada kekurangannya seperti mana MU kehilangan David Beckham satu ketika dahulu. Penyokong MU tidak perlu mengelajat dengan kekalahan malam tadi. Itu hanyalah sandiwara yang ditunjukkan oleh Alex Ferguson kepada pasukan EPL.
*Petang semalam HEP kalah dengan pasukan Pensyarah 5-3 dalam pertandingan piala Dato' Hussin. Tapi aku dapat dua jaringan.
Sunday, August 9, 2009
Cerita Bola Sepak
Genetik atau faktor keturunan banyak member kesan kepada setiap individu. Dalam permainan bola sepak aspek genetic ini tidak boleh diabaikan. Rata-rata pemain bola sepak hari ini juga ayah atau atuk mereka terlibat secara langsung dengan bola sepak.
Saya juga di antaranya bermain bola sepak seawal umur 6 tahun, mewakili sekolah Rendah Kebangsaan Titi Tok Bandar ketika berumur 10 tahun, bermain untuk sekolah Men. Agama al-Islahiah pada tingkatan satu mewakili bawah 15 tahun dan tingkatan dua mewakili bawah 18 tahun sekolah. Kemuncak dalam penglibatan bola sepak boleh dikatakan pada tingkatan 4 dan 5 mewakili skuad negeri.
Saya sampai ketahap ini oleh kerana beberapa factor di antaranya genetic abah seorang pemain bola untuk JKR Kedah pada masa Azrai Kor menjadi pemain. Abah pernah bermain bersama beliau. Kini beliau merupakan jurulatih Kedah.
Karier sebagai pemain bola tidak sehebat Afiat (adik). Beliau memang lebih laju dari abangnya. Semasa sekolah rendah satu pasaukan denganya. Dia bermain diposisi penyerang dan abgnya di tengah. Semasa di darjah 6 hanya mampu naib juara kawasan Kayang sahaja tetapi pada tahun adik sekolah berjaya menjadi johan kawasan.
Karier saya malap seketika bila mendapat kemalangan jalan raya selepas SPM dan terlantar di hospital pada masa yang sama ibu bapa menunaikan haji. Saya patah paha kiri dan dimasukkan besi sampai hari ini masih berada dalam tuan yang bertuah ini. Semasa belajar di Darul Quran juga tidak dapat mewakili kerana factor tidak kenal dengan baik orang-orang DQ. Kroni juga ler. Tak dapat wakili DQ.
Banyak rakan sepermainan zaman sekolah bermain untuk negeri dan kebangsaan. Pada awal bercita-cita untuk menjadi pemain bola tetapi akhirnya kecewa kerana sukan ini hanya untuk kenalan-kenalan sahaja. Bukan kepada pencinta bola sepak. Siapa kenal dia dpat mewakili pasukan Perlis.
Pengalaman bermain bola sepak semasa pekerjaan ialah pernah bermain untuk JaiPs negeri Perlis, Yayasan Islam Negeri Perlis. Sekarang ini pernah cuba untuk turun pemilihan untuk wakili UiTM Kelantan tetapi rasa…lupakan.
Nanti sambung bab lain. Ini permulaan baru.
Friday, August 7, 2009
Selamat Hari Lahir Sayang
Selamat Hari Lahir yang ke-24 Sayang. Abg doakan Dinda sihat selalu dan berada dalam kerahmatan Illahi hendaknya. Umur panjang ada keberkatan, lapang rezeki ada keberkatan. Kesemuanya perlukan rahmat dan redha Allah.
Seminggu sebelum menyambut hari lahir ibunya, 'Aish sudah dapat berjalan dengan lebih banyak. Sebelum walidnya terpaksa menggunakan pelbagai kaedah. Alhamdulillah beliau dapat belajar dengan cepat.
Hari ini, mulut walidnya asyik memekik dari jauh, 'Aish jangan panjat ! sebab walidnya asyik membaca tiba-tiba terkejut. Walid faham 'Aish ajak walid berjalan tetapi sekarang musim yang tidak mengizinkan sayang, musim penyakit bertebaran. Nanti bulan puasa kita jalan-jalan balik kampung.
Thursday, July 23, 2009
Jengok Dusun
"Assalamualaikum Ustaz, petang ni lepas zohor ada kerja ka ?". Tanya Ustaz Bakar.
"Walaikummussalam, petang ni tak dak kerja cumanya kena pi PCB ada program pelajar di sana". Kawe.
Panggilan tadi sebenarnya satu ajakan untuk menunggu durian jatuh di dusun. Dusun yang terletak di dalam kampong apa nama tak pasti. Hampir sejam menunggu durian jatuh dapat juga lebih kurang 30 biji. Puas hati kerana dapat durian banyak dan diberikan kepada pelajar, pada masa yang sama dapat menderma darah kepada nyamuk dan pacat.
Sebelum pergi ke PCB petang ni sempat juga menikam durian 5-6 biji. Aih ingat nak posa kejap ngan durian ni tapi sukar diduga. Durian jatuh keriba.
Jom bertolak ke PCB, Kursus Pengurusan Organisasi UiTM Kelantan. Sedihnya kali ini tidak dapat bawa isteri dan anak bersama. Rindu nanti.
Selesema Babi
Terbaru: Dua kampus utama UiTM di Perak dan Penang diarahkan bercuti selama seminggu. Selepas kampus di Melak, kes selesema babi ini terus merebak dengan jayanya. Semasa aku member ucapan dihadapan mahasiswa malam tadi, telah menerima panggilan daripada Timbalan Pengarah Kampus mengenai keadaan di universiti. Alhamdulillah dalam keadaan ini semua dalam keadaan terbaik.
Sebelum itu pada petang semalam aku juga menerima panggilan dari Dato' Pengarah bertanya hal yang sama dan aku berpesan kepada mahasiswa yang mempunyai petanda-petanda, sila rujuk kepada pihak kesihatan dengan secepat mungkin.
Solat hajat akan dilakukan sekali lagi khusus untuk menolak bala yang sudah berjaya menutup tiga kampus utama UiTM.
Wednesday, July 22, 2009
Jangan Marah Nanti Kene Jual
"There are very good footballers in the world, like Cristiano Ronaldo or [Lionel] Messi, but the best for me is Ribery," he told ESPN. "And I am not saying that because he is French, but because he is very good." Zidane said.
Sebab itu Ferguson sanggup jual.
Monday, July 20, 2009
Mabuk…mabuk
Aku mabuk, bukan mabuk kepayang, bukan mabuk todi tapi mabuk durian. Sudah hampir sebulan tiap-tiap hari belasah durian. Kepala pening buat kerja pun teringat durian. Hari ini beli lagi durian. Durian ini durian kunyit harganya boleh tahan 1 kg RM 12. Isinya memang sedap, lemak, hisap jari dibuatnya. Simpan sebiji lagi untuk makan malam nanti. Aduh pening ke mabuk ni.
gambar dari thaitable.com.
Sunday, July 19, 2009
Masjid Biru Jejak Persoalan
Satu ketika berjalan di waktu malam di lorong pejalan kaki di Istanbul. Aku menuju kea rah Masjid Biru untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di sana. Jam menunjukkan 10 malam. Aku berjalan bersama Krol, Mat dan Hisham. Mereka merupakan pelajar UiTM Kelantan fakulti berbeza.
Pada masa ini, cuaca sederhana tidak sejuk dan tidak panas, tenang perasaan ku ketika bersendirian di Masjid Biru. Kadang kala melayan gurau senda Mat dan Krol. Kadang-kadang ku rasakan perasaan remaja kembali.
Masjid Biru, kenapa dinamakan Masjid Biru, sedangkan Masjid ini nama Camii Ahmet. Semasa sedang beri'tikaf di dalam perut masjid. Ku renung di jendela kayu berlantaikan marmar putih, siapakah yang member idea supaya masjid ini dibina di atas bukit dan berada ditebing selat Bosphorus? Angin sepoi-sepoi membelah rambut ku yang agak panjang ketika itu.
Setiapa hari melintasi masjid ini, aku asyik dan berkhayal suatu hari akan ku bawa abah, mak, isteri dan anak ku ke sini. Cuba mencari jalan bagaimana kaedahnya, tiba lamunan ini terhenti seketika bila mana aku ditegur oleh seorang lelaki. Seorang pelajar Malaysia belajar di UK dan bercuti ke Istanbul sebelum pulang ke kampongnya di Perak.
Aku rasa lebih kurang sebaya. Aku bertanya kenapa bercuti di Istanbul dan tidak Bandar Eropah yang lain? Jawabnya. Senior bercerita keistimewaan Istanbul berbanding Bandar Eropah yang lain.
Aku menjawab, mungkin betul dan disokong oleh faktor sejarah tempat ini.
Azan berkumandang, lagunya seperti di Malaysia. Aku terpikir ketika itu, adakah Melayu mempunyai hubungan dengan Turkey? Aku tidak dapat mencari jawapan ketika itu dan berhajat untuk ke kedai buku pada besok hari kerana akan hal itu.
Solat Isyak, imamnya segak dan tampan walaupun umurnya agak jauh dengan ku. Nampak kehebatan dan kehaibahanny. Suaranya sedap membaca al-Fatehah dan Nun, tiada bismillah di awal Fatehah. Aku rasa sesuatu menyusuk dalam kalbu. Bila al-Fatehah habis tiada ucapan Ameen bersama hanya aku seorang sahaja. Baru aku tahu di sini mazhabnya Hanafi.
Selesai solat Isyak aku terus jamak ta'khir. Aku keluar mencari satu persoalan kenapa Bandar hebat ini tidak kelihatan hebat seperti yang digambarkan oleh sejarah?
Saturday, July 18, 2009
Red Devil vs Tiger
Terkini: Manchester berjaya menewaskan pasukan lagak bergaya baju Nike iaitu Harimau Kumbang dengan 3-2. Tahniah Amri Yahyah dengan jaringan beliau. Kenanglah seumur kamu.
Manchester vs Malaysia malam ini akan menyaksikan ramalan kekalah barisan Harimau Kumbang menjadi Sumbang dengan 4-0. Red Devil dan Tiger sudah pasti Tiger akan dimusnahka.
Wednesday, July 15, 2009
Program Perbandingan Agama
Alhamdulillah sudah selesai satu program untuk kakitangan dan mahasiswa UiTM Kelantan. Program perbandingan agama antara Islam: Kristian, Buddha dan Hindu. Saya tidak menyangka program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Kakitangan hadir dengan kesungguhan terpancar diwajah masing-masing. Pendekatan program ini saya cuba untuk tidak mewajibkan kepada kakitangan. Kita cuba member apa yang mereka kehendak. Program ini merupakan pertama kali diadakan di UiTM Kelantan. Sambutan hangat melepasi had yang disangkakan. Melebihi 250 dan hampir tidak ada ruang dalam bilik HRD Academia. Perjalanan program tidak berhenti selama 4 jam. Terkejut! Para peserta tidak berganjak dan terdapat pensyarah yang mengajak pelajar hadir bersama.
Pada sebelah malam untuk pelajar diadakan di Pusat Islam, saya juga berasa agak terkejut dengan kehadiran pelajar yang sebegitu ramai sehingga mencecah 600 orang mahasiswa. Saya juga tidak mewajibkan mahasiswa dating dan saya mengharap atas keihklasan dan kesedaran pelajar untuk hadir pada malam ini. Pusat Islam dibanjiri oleh mahasiswa. Tiada ruang untuk duduk dan mereka berada di bawah Pusat Islam.
Program ini dilaksanakan hasil bantuan kerani dan EO sahaja. Hanya berempat sahaja. Pada awalnya program ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak dengan agakan tidak akan mendapat sambutan. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Pihak yang memandang remeh terkejut dengan sambutan yang diterima dan diharap pihak ini tidak cemeburu dengan aku. Hehe
Kesimpulan daripada program ini, dapat dipelajari bahawa untuk menarik perhatian mahasiswa sebenarnya kita perlu merancang program yang mereka kehendaki bukan program ceramah syok sendiri dan mengira beberapa honarorium yang akan dapat tanpa memikirkan impak dan kesan kepada mahasiswa.
Monday, July 13, 2009
Dua Cerita
Di antara dua cerita hari ini.
Cerita Pertama: Mengenai temuduga hari ini ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagaimana memilih pekerja berkaitan tanggungjawab kita, jika kita memilihnya tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik sudah pasti amanah tercabut dari atas kepala. Ada soalan ditana tidak dapat dijawab soalan Nampak macam mudah tetapi jika tidak amal lupa juga dibuatnya. Doa jenazah, Hukum Doa Qunut, Azan dan solawat semasa tarawikh semuanya ditanya. Sedih ada juga yang merangkak untuk membaca al-Quran. Bagaimana untuk mengajar pelajar jika diri tidak tahu membaca al-Quran. Realiti hari ini. Doa solat jenazah boleh lupa. Apakah tidak tahu diri punya tanggungjawab sosial?
Cerita Kedua: Isteri pulang ke rumah dalam keadaan keletihan. Ulang alik dari Ayer Lanas ke Machang 105 KM, Ada dibicarakan dengan riak wajah muka penuh kerisauan. Bicara perihal didikan anak, terpancar kerisauan dan sang suami sukar mengerti seketika. Kenapa hari ini perlu bicara pasal perkara berat sebegini? Isteri seorang kaunselor setiap hari menghadapi kes-kes pelajar. Katanya kebanyakan pelajar yang bermasalah adalah berpunca daripada kuran didikan dan perhatian daripada ibu dan bapa. Aku mulai faham, kenapa riak wajahnya hari ini berubah. Aku pasti mengungguli masa bersama anak dan keluarga. Jangan jadikan ibu dan bapa yang mementinkan diri sendiri sehingga tidak menjaga dengan sebaik mungkin dengan member didikan agama yang penting. Rialiti tidak jadi begini, anak-anak diberi kemewahan, anak diiukur kejayaan dari sudut akademik tetapi dari sudut akhlak tidak ambil bicara. Anak tidak tahu solat bahkan solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu tidak pernah dilakukan. Apa ini semua. Kemajuan yang dikecapi tetapi mengurangkan ta'abud kepada Allah.
Risau, jika kita solat berjemaah,
Adakah anak turut serta,
Jika solat jemaah di masjid,
Kenapa anak dibiar solat sendirian di rumah,
Kita mengajar di masjid,
Anak berada di rumah menonton tv,
Jika bapa abaca al-Quran,
Adakah anak bersama kita,
Mencari Pekerjaan
Hari ini adalah sebahagian daripada hari-hari yang telah ditetapkan untuk temuduga pegawai baru untuk beberapa jawatan yang telah dibuka. Ada jawatan yang hendakkan seorang sahaja tetapi boring yang dikirim hamper mencecah 1 ribu. Bayangkan betapa ramainya rakyat Negara ini yang masih belum mempunyai pekerjaan.
Kita yang mempunyai pekerjaan perlu mengucapkan shukur kepada Allah kerna limpahan rezekinya menyebabkan kita tergolong dalam golongan ini. Akan tetapi insane bershukur teramat sedikit. Barangkali kita pernah mendengar satu cerita daripada Umar al-Khattab mengenai doa beliau yang memohon untuk menjadi daripada golongan yang sedikit Allahumma ja'alna min al-Qalil. Bila ditanya oleh seorang sahabat kenapa Ya Umar kamu memohon menjadi sebahagian orang sedikit? Jawapannya ialah insan sedikit ialah insan yang bershukur(QalÊl lammÉ TashkurËn).
Kita mesti bershukur dalam semua keadaan, ada manusia bershukur ketika mendapat nikmat, kesenangan dan kekayaan akan tetapi manusia bershukur dalam keadaan mendapat musibah bagaimana? Ini perlu jelas dalam kehidupan kita. Bila kita mengalami keadaan musibah, kesusahan dan hilang ketenangan. Perkara yang boleh dilakukan ialah kita menetapkan dalam hati kita ini ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya.
Petang ini ada sesi temuduga dan dilantik sebagai panel. Amat diharap calon-calon dapat menjawab dan memalukan diri sendiri. Jangan jadi penipu dan jangan buat-buat tahu sesungguhnya perkara ini akan memalukan diri sendiri.
Saturday, July 4, 2009
Cerita Kampung
Rejab sudah menjengah penghuni alam, tidak kira di mana semuanya sama. Sesiapa masih belum memenuhi puasa ganti silakan dan sesiapa hendak puasa penuh Rejab, Sya'ban dan Ramadhan silakan. Ini merupakan yang hasanah. Walaupun pelbagai tanggapan berlaku namun itu tetap sahaja kita raikan sebagai keterbukaan dalam member pandangan.
Bila Rejab bulan Allah menjelma,selepas ini Sya'ban mampir dengan diri. Kemudian Ramadhan muncul dengan penuh berkah dan Syawal datang meraikan kejayaan insan Berjaya menghadapi ujian daripada yang Esa.
Tahun ini saya mempunyai lima tempat yang perlu diziarahi pada hari raya nanti. Setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri. Kali ini hendak cerita pasal kampong yang akan dilawati yang telah dirancang bersama yang dikasihi.
- Perlis: Kampung sendiri terletak di Behor Temak,Kangar. Walaupun tinggal di Bohor Temak tapi hati tetap di Kg. Bangsal Lebah kampong halaman Ayahda kerana di situ ramai teman seangkatan. Pada masa hari raya sudah lazim solat Aidil fitri di sana. Boleh takbir bersama-sama (dapat pegang mic). Barangkali benar bila rasa dewasa perkara yang dilakukan bila pulang ke kampong sudah semestinya pergi ke Kuala Perlis untuk menjamah Laksa Maksu (Bapak Saudara pemiliknya). Tidak pernah tertinggal. Malamnya makan ikan gerot bakar. Waktu petang makan rojak Pakdin dekat dengan SUK. Selain itu jika cuti panjang main futsal dan badminton. Dan paling best boleh diskusi dengan abah pasal alam tasawuf. Di Kg. Bangsal Lebah hanya tinggal bapa dan mak saudara sahaja, Tok Wan Lah dan Tok Dah sudah ke pangkuan Kekasih.
- Kerpan, Kedah: Ini kampung halaman Ibunda. Umah Tok Wan Safar dan Tok Cah (guru al-Quran) Jika ke Kerpan mesti pergi mencari ikan Yu, Sotong, Udang, Ketam dan Udang Lipan. Tengok kepada musim. Sudah lama tidak pergi ke laut mencari udang untuk buat belacan. Memasang tangkul tangkap ketam. Menjala di sungai cari ikan keli buat gulai. Saya memang minat dengan gulai ikan yu yang dibuat oleh Tok Cah bersama dengan air asam. Alhamdulillah Tok Wan dan Tok Cah masih sihat. Jika solat raya di sini juga selalu dapat mic untuk takbir. Jika tak dapat min rasaa serba tak kena di Masjid Kerpan. Seronok dapat takbir bersama orang dewasa.
Terungkap Kenangan
C.I.N.T.A. K.I.T.A.
C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia
Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya
XPDC
Friday, July 3, 2009
Streamyx 09
ps/: petang tadi supervisor sms, sudah ke mana lama tidak dengar cerita.?
Darul Quran Jakim
1.
Ahmad Fikri b. Mohd Fauzi
840614-14-5979
Kedah
2.
Mohd Miqdad Aswad b. Ahmad
840825-09-5107
Kedah
3.
Mohd Saiful Azlan b. Abu Yazid
840325-02-5639
Kedah
4.
Mohd Arsyadi b. Abdullah
840211-02-5091
Kedah
5.
Mohd Fairuz Syauqi b. Elias
841227-02-5269
Kedah
6.
Khairul Firdaus b Abu Bakar
820606-02-5477
Kedah
7.
Habibah bt A. Razak
840428-09-5170
Kedah
8.
Muhd Thoriq Asshiddiq b. Che Ahmad
841113-02-5543
Kedah
9.
Nuur Sa’adah bt Zakaria
840630-02-5010
Kedah
10.
Syarifah Nurkamilah bt Syed Ahmad
840713-02-5790
Kedah
11.
Mohd Syakir b Mokhtar
840804-07-5449
Kedah
12.
Muhammad Ridhuwan b Zaini
840610-08-5235
Kedah
13.
Muhammad Shufi b. Shamsudin
840915-10-5815
Kedah
14.
Aniza bt Elias
841026-07-5390
Kedah
Thursday, July 2, 2009
Cemburu Para Ustaz
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain. (Muslim: 1352).
Dunia mempunyai penghuni yang pelbagai di antaranya ialah Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ketiga-ketiga makhluk ini diciptakan oleh Maha Besar Pencipta. Setiapnya mempunyai kelebihan yang tidak ternilai dek pemikiran dan akal manusia.
Manusia seperti mana hadis di atas sudah pasti mempunyai sikap yang baik mahupun buruk. Dalam hadis di atas jelas manusia hanya diizinkan untuk berasa iri hati, cemburu dan dengki terhadap dua perkara di atas sahaja. Manusia adalah makhluk terhebat dengan memiliki segala "perkakasan" untuk menjadi hebat iaitu nafsu.
Dalam perkara di atas dengki yang dimaksudkan di atas bukanlah bermaksud bermusuhan dan menjatuhkan individu daripada kelebihan yang dimiliki seperatut dengki yang diizinkan sdi sini ialah kita lebih berusaha untuk menjadi lebih baik dengan menuntut ilmu. Perkara ini tidak terjadi pada hari ini. Dengki di atas terhadap orang yang memiliki harta dan belanja di jalan Allah dan Orang berilmu mengajar ilmu kepada masyarakat.
Hari sikap cemburu tidak dapat dielakkan oleh sesiapa termasuk ustaz atau orang yag mengerti perihal agama. Cemburu dengan seseorang kerana keterampilan dan diminati oleh masyarakat makin menjadi-jadi. Para ustaz lebih-lebih lagi sampaikan keluar kenyataan mengkritik untuk menjatuhkan seseorang, membuat fitnah dengan melibatkan wanita dan banyak lagi. Puak ustaz walaupun menuntut ilmu agama dengan mempunyai ijazah tinggi sekalipun tidak dapat menangkis serangan sikap sebegini. Sewajarnya lagi tinggi belajar lagi wara' dan lebih beradab.
Puak ustaz sebegini yang menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap para ustaz yang rajin, mudah berkira (tidak pentingkan bayaran), dan diminati ramai kerana keserasian ilmu yang disampaikan. Cemburu sehinggakan sanggup cah keting (tikam belakang) sesama ustaz makin ketara akhir-akhir ini. Jika anda mempunyai rakan-rakan ustaz pasti anda akan mendengar pelbagai cerita yang kurang menarik.
Cemburu dibolehkan sekiranya bertepatan dengan pesanan kekasih Allah tapi apakan daya nafsu lebih didahulukan. Jangan kita jadikan cemburu melebihi atas persaudaraan sehinggakan boleh memutuskan silaturrahmi.
Apa dah jadi oh ustaz cemburu mengkaburi hati
Apa dah jadi oh ustaz bila ceramah Tanya pitis
Apa dah jadi oh ustaz pangkat menjadi idaman
Apa dah jadi oh ustaz sikap senohong ikan duri
Mula-mula pembohong selepas tu mencuri (klien ajak kahwin)
Apa dah jadi oh ustaz suka temberang dan auta
Apa dah jadi oh ustaz ulamakah anda?
Jika ulama' su' atau ulama hasanah?
Wednesday, July 1, 2009
Manchester United 2
Manchester United 1
Puuas
Hari ni sudah puas, setelah dua hari tidak ada line internet di ofis dan di rumah. Hari ini baru dapat semangat untuk bekerja lebih cepat. Betul atau tdak tak tahu lagi.
Keutamaan Al-Quran
Dari 'Aishah daripada Muhammad s.a.w. bersabda: Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan menghafalnya maka ia akan bersama utusan-utusan Tuhan (Para Malikat) yang mulia. Dan perumpamaan orang yang membacanya, menelitinya dan berusaha keras untuk al-Quran maka ia akan mendapat dua ganjaran. (Bukhari)
Hadis daripada 'Aishah menjelaskan kepada kita mengenai keutamaan pembaca dan penghafal al-Quran. Rasulullah menggambarkan bahawa penghafal al-Quran adalah seperti berdampingan dengan para utusan Allah iaitu Malaikat. Keutamaan golongan ini adalah disebabkan mereka menjadi seorang yang sanggup untuk menghafal dan menjaga al-Quran. Mereka diberi kedudukan seistimewa kerana mereka adalah yang memegang amanah Allah iaitu menjaga kalamullah.
Bagaimana kedudukan ini boleh sama dengan orang kebanyakan yang tidak menghafal al-Quran. Bagaimana mereka ini menanggung beban menjaga hafalan supaya tidak hilang dari ingatan. Adakah mereka ini golongan yang boleh kita bersangka buruk kepada mereka sedangkan mereka adalah salah satu golongan yang berada disamping para utusan Allah. Perkara ini ingin coretkan.
Di mana-mana IPTA pada hari ini terdapat pelbagai pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan terdapat juga pelajar yang menghafal al-Quran yang menyambung pelajaran di sini. Baru-baru ini terdapat seorang pelajar baru dan beliau merupakan seorang hafiz. Dia berasa tidak selesa ketika berada di sini kerana terdapat pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza dengan dirinya seperti cara pergaulan. Dia rasa tertekan, serba salah dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti tetapi Alhamdulillah sempat berjumpa dengan ustazah untuk memberi nasihat.
Tetapi apa yang hendak saya kongsikan disini terdapat seorang inidividu ini menyoal dan memperlekehkan tindakan pelajar ini dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Beliau menyatakan pelajar ini perasan baik. Rasanya dirinya yang terbaik dan mengangap yang kurang baik. Kata-kata ini menyebabkan saya menjawab dengan kata-kata yang agak keras. DIa mempersoalkan mengenai akhlak.
Ya memang mereka golongan ini golongan terbaik, mereka membaca dan mengulan al-Quran sekurang-kurangnya satu hari satu juzuk.
Ya mereka memang hebat kerana mereka juga bersukan seperti pelajar lain tetapi boleh saja menghadiri solat jemaah.
Ya mereka memang terbaik walaupun mereka sibuk dengan aktiviti-aktiviti mereka tetap solat berjemaah.
Ya mereka memang terbaik walaupun tidur lewat menonton bola sepak tetapi boleh saja solat subuh berjemaah di masjid.
Ya mereka memang terbaik di antara yang terbaik. Mereka juga menonton wayang tetapi boleh saja solat berjemaah di masjid KLCC.
Ya mereka memang terbaik menonton konsert di KLCC tetapi boleh saja solat berjemaah subuh di Masjid KLCC.
Ya mereka bukanlah baik sangat sehingga dijamin masuk syurga tetapi mereka adalah seperti insan biasa yang mempunyai sedikit kelebihan.
Adakah kita boleh nafikan golongan ini dengan menyatakan bahawa mereka hanya perasan baik?
Tetapi itulah hakikat sebenar reality hari ini, individu yang ingin menjaga pergaulan dianggap sebegini rupa.
Thursday, June 25, 2009
Setelah Setahun
Wednesday, June 24, 2009
Expectation
Dalam tugas sebagai seorang yang senantiasa berhubungan dengan para pelajar. Perhubungan melalui aktiviti program ataupun melalui hubungan biasa. Jika melalui program khususnya program yang melibatkan program berbentuk kepimpinan. Pada awalnya dari dahulu sehingga ke hari ini saya meletakkan expectations yang tinggi kepada mereka. Saya rasa mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran saya ketika member ceramah maksudnya mereka boleh menanggapi apa yang hendak saya bicarakan. Saya merasakan mereka ini tidak perlu banyak pesanan kepada mereka kerana mengap mereka adalah pemimpin mahasiswa. Namun perasaan saya telah berubah sejak saya mula memberi ceramah kepada slot-slot yang diberikan.
Expectations tinggi kepada mereka tidak membantu mereka sepenuhnya malah mungkin mereka juga perlu ditekankan dengan program yang lebih berat. Sebenarnya kekecewaan telah mula wujud dalam keadaan ini. Saya merasakan mereka sama seperti pelajar biasa. Tiada kelebihan tiada istimewanya. Lebih dirasakan melihat mahasiswa lebih lemah dari mahasiswi. Lambat dan loyar buruk. Contoh cukup banyak untuk dijadikan teladan tetapi saya berikan contoh pagi tadi mereka dikehendaki dating ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah dan mendengar kuliah tapi yang dating tepat pada masa daripada 60 orang hanya 2 orang sahaja yang tepat masanya(solat subuh bersama imam hanya dua orang sahaja yang lain solat sendiri). Di manakah salah dan silapnya?
Jika pemimpin pelajar tidak berdisiplin bagaimana mereka hendak mendisiplinkan orang bawahan mereka? Bosan sebenarnya bercakap benda yang sama setiap kali berbicara. Perkara yang sama diulangi dalam setiap aktiviti. Bila hendak matang jika mereka hanya memikirkan perkara remeh-temeh sedangkan semasa belajar Diploma di Darul Quran kami sentiasa berwacana isu-isu besar sehinggakan aku dicop sebagai penyokong liberalisme. Tapi mereka hanya minat pada fesyen, minat perkembangan hiburan dan tidak tahu pekembangan terkini. Pembacaan tidak meluas, pembacaan kepada isu remeh, suka baca akhbar tetapi tidak suka membaca buku-buku ilmiah. Kita boleh bayangkan pemimpin Malaysia akan datang sekiranya mereka tidak berubah arus pemikiran mereka kepada lebih kematangan.
Selesai Sudah
Alhamdulillah sudah selesai peperiksaan penilaian tahap kecekapan (PTK1). PTK ini adalah pertama kali aku mengambilnya dalam dua tahun bertugas dengan kerajaan. Semalam waima dipanggil ujian apa yang kita bayangkan sudah semestinya semua kakitangan yang mengambil ujian bersedia atau sekurang-kurangnya diam semasa menjawab kertas soalan tapi apa yang berlaku sebaliknya. Aku dijadikan mangsa untuk bertanya jawapan. Walaupun aku juga tidak membaca banyak mana. Aku menghadiri ujian ini untuk menguji tahap soalan. Memang soalannya agak mudah dan jika dibaca dengan penuh minat sudah pasti dapat dijawab.
Bagi soalan PTK kertas dua untuk khusus, soalan memang agak melucukan tapi kadang ada satu dua soalan boleh terkeliru sekiranya tidak memahami dengan jelas. Contoh mudah aku sedar satu kesalahan. Soalan mudah Cuma perlu mencari nama surah yang tidak ada sujud sajadah sahaja. Aku keliru dengan soalan jadi jawapan aku telah silap tanda. Menyesal bila memikirnya kembali. Kertas khusus ada masalah dari sudut typing error , banyak tempat boleh menyebabkan keliru dengan tulisan tersebut.
Dengar khabar tahun ini tahun terakhir PTK, jadi bagi aku lebih suka PTK daripada penilaian ketua jabatan, mungkin bila ada ruang untuk diberikan, mungkin perkara kaki kipas akan berlaku. Jadi PTK ini dapat menyelematkan keadaan sebenar dalam kerjaya. Tapi ada dengar gossip benar atau tidak untuk lulus PTK juga ada kuotanya sendiri yang ditentukan oleh pihak terbabit. Adakah benar gossip ini? Jika benar perlu dihapuskan PTK.
Monday, June 22, 2009
PTK 1
Alhamdulillah setelah penat mata bersengkang malam ni untuk menghabiskan nota untuk ujian besok pagi dan petang. Amat diharapkan soalannya tidak seperti yang dijangkakan. Harapan besar jangan terlalu banyak soalan berkisar mengenai bahagian kewangan. Soalan bahagian kewangan memang sukar kerna jelas semasa induksi dahulu tidak terjawab.
Apa-apa pun besok cuba dulu, jika tidak kita cuba lagi tahun hadapan dengan lebih banyak persedian. Maksudnya dari awal tahun perlu membaca nota yang disediakan. Kerja usah dirisaukan sebabnya semua orang hendak kepada PTK.
Sunday, June 21, 2009
Ujian Dunia
Berapa lama bolg ini tidak di updatekan, barangkali jika rumah sudah pasti berabuk dan perlu dicuci. Bukan tidak mahu menulis tetapi beberap faktor menolak jiwa dan kehendak untuk menulis berkongsi pengalaman dengan saudara mara dan rakan-rakan. Buat beberapa seketika ujian dunia seperti mana tajuk blog ini. Dalam jangka masa minggu ini perlu menghadapi dua ujian.
- Ujian PTK pada 23 Jun 2009. Buku belum dibaca. Apa yang hendak dibaca masih tidak dalam perancangan.
- Ujian seterusnya perlu menyiapkan kertas kerja untuk perbentangan di USM bulan Ogos nanti, tetapi ia perlu dihantar sebelum 15 Julai 09. Apakan daya abstrak baru diterima hari khamis lepas. Namun sahut cabaran yang telah diberikan.
- Anakda masih belum dapat menyesuaikan diri dengan makanan. Bila terdngar nangis sesak dada dibuatnya.
Ini merupakan di antara ujian dunia, tahukah kita bagaimana ujian di akhirat kelak. Adakah boleh membingungkan kita seperti mana menghadapi ujian dunia? Entahla, Allah member ujian mengikut tahap kesesuaian iman seseorang. Jika kita mempunyai iman kuat, kental dan mantap lihat kepada ujian yang menimpa kita, adakah kita sekuat seperti sangkaan kita?
Friday, June 19, 2009
Monday, June 1, 2009
Benarlah Kata-Kata Orang Soleh
Yes Boss
Friday, May 29, 2009
Constantinople ke Islambol
Thursday, May 28, 2009
Red Devil Tersungkur Di Kaki Syurga
MU pada awalnya membuat banyak serangan tetapi dikejutkan dengan jaringan awal Eto' menyebabkan kelumpuhan dibahagian tengah. Alex Ferguson sebenarnya perlu memasukkan lebih awal Tevez dan Barbatov tetapi beliau mencuba J.S. Park dan Anderson yang nampak kurang bertenaga untuk menjana bahagian tengah.
Ronaldo juga kurang menjadi kerana dikawal ketat oleh pertahanan Barca tidak seperti Messi yang dibiarkan bebas bergerak. Saya boleh katakan MU silap percaturan.
Tahun depan saya harapkan MU bertemu awal dengan Barca dalam satu kumpulan pusingan. Baru tahu siapa hebat sebenarnya.
Wednesday, May 27, 2009
Duka Lara
- Bermula dengar tayar kereta yang baru ditukar benjol kerana isteri bawa kereta jatuh dalam lubang semasa pergi ke sekolah. Jadi tukar tayar baru yang lebih tahan dan berkualiti jenama Neuton. Aku serik menggunakan Good Year. Sudah dua kali tayar benjol. Terbang RM 1100 bulan ini untuk tayar kereta sahaja.
- Awal bulan dahulu baiki monting kereta toyota RM 600 dikenakan. Masa ni boleh cool lagi.
- Lepas bentang proposal, aku dikehendaki baiki bahagian-bahagian yang kurang mantap dan memuaskan. Tindakan masih belum diambil memandangkan minggu depan cuti sekolah. Aku mengambil perkiraan masa itu sesuai untuk mencari bahan untuk bab kedua. Tetapi apakan daya sebelum bermula ada satu lagi ujian terbaru menguji diri aku.
- Ujiannya ialah Laptop kesayangan yang dihadiahkan oleh ayahda ada masalah skrin pecah. Aku pun tak ingat masa bila laptop ni jatuh. Semasa menulis entri ini masih dalam keadaan hiba melihat laptop ini.
Uian melanda apakah sebabnya? Ya Allah kuatkan jiwa aku.
Semoga MU menang malam ni, sekuran-kurangnya dapat jadi pengubat hati yang berduka lara.
Monday, May 25, 2009
Selamat Bersara Maldini
Pada hari ini, beliau telah meninggalkan pasukan yang dicintainya untuk bersara. Satu rekod yang mengkagumkan ialah beliau tidak pernah berpindah atau bermain dengan mana-mana kelab selain daripada AC Milan.
Paolo Maldini seorang lagenda dari Italia.
Sunday, May 24, 2009
Blogawan-Blogawan
Saya senaraikan beberapa blogawan sama usia dengan datuk dan nenek kita.
Blog van Maria Amelia Lopez, 97, Spanje (†).
Blog van Mortart, 84, Amerika.
Twitter van Ivy Bean, 104, Engeland.
Blog van Olive Riley, 108, Australië (†).
Blog van Donald Crowdis, 95, Canada.
Thanks:http://internationmusing.blogspot.com/
Ciri-Ciri Pemimpin Hebat
Prof. Dr. H. PRIYATNA ABDURRASYID, Ph.D
Thursday, May 21, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Balik kampung
Saya pulang disebabkan satu perkara. Pada hari Jumaat ada perbentangan cadangan tajuk sarjana. Harap-harap Allah memberi kemudahan kepada hamba yang dhaif ini.
Allhumma la sahla illa maja'ltahu.
Ulama' Dan Pramugari
Tuesday, May 19, 2009
Permata Hati Bonda Dan Ayahda
Monday, May 18, 2009
Di Luar Lingkaran RTM 1
Adakah liberalisasi ini akan berjaya untuk mewujudkan kemajuan dan kesan positif terhadap rakyat. Adakah rakyat mendapat nikmat sebenar dari liberalisasi tersebut? Bagaimana rakyat termiskin dapat memahami dan mendapat kesan liberalisasi yang diwar-warkan oleh pihak kerajaann? Tidak lupa juga kepada orang asli, adakah mereka juga mendapat kesan yang baik daripada dasar baru ini?
Dan dua ahli panel menyatakan dasar penswastaan itu gagal sama sekali kerana tidak membantu rakyat. Contoh mudah ialah Telekom atau TM. Caj meningkat dan servis teruk.
Adakah benar? Apa pandangan anda sebagai rakyat Malaysia?
Saturday, May 16, 2009
Syukran Arsenal
Satu agi gelaran untuk MU, kepada Alex Ferguson terima kasih.
Selamat Hari Guru
Selamat hari guru kepada ibuku seorang Teacher Buni guru bahasa Inggeris. Ibu juga menjadi guru di rumah dan di sekolah. Emak panggilan mesra di rumah dan di sekolah disebut Teacher. Kenangannya banyak kali dirotan dan dicubit dihapan kelas mahupun perhimpunan. Terima kasih emak kerana memberi didikan sehingga boleh menjadi insan. Rotan mu depan perhimpunan telah memberi kesan sepanjang perjalanan hidup ini.
Guru al-Quran rasanya paling banyak bermula dengan Tok Cah, nenek saya yang masih mengajar al-Quran sehingga ke hari ini. Kemudian Teacher Fauziah mengajar Alif, Ba, Ta. Selepas habis muqaddam belajar lagi al-Quran dengan Ustaz Suhaimi atau digelar Abg Mi. Seorang garang dan penuh ketegasan. Saya habis al-Quran buat pertama kalinya dengan beliau. Pengalaman belajar dengan beliau ialah susah hendak ubah sekiranya terdapat satu dua kesalahan dalam pembacaan. Kesannya sampai ke hari ini bacaan al-Quran lengkap dengan tajwid dan makhraj menjadi sempurna kerana ketegasan beliau.
Seterusnya belajar dengan Ayah dan Ibu Ustaz Suhaimi. Belajar dengan ayahnya mudah diubah tempat baca dan ibunya memag garang dan susah diubah tempat baca. Walaupun habis al-Quran agak lambat lebih kurang darjah 5, tapi pada umur 12 tahun sudah pernah menjadi imam di masjid dan di surau. Lambat tapi bacaan tepat tidak seperti kanak-kanak hari ini, habis awal tetapi tidak sehebat mana bacaan mereka.
Tamat al-Quran dengan guru di kampung dan saya sambung lagi mengaji al-Quran dengan Tuan Haji Awang Noh, pada ketika itu umur saya 13 tahun, asal Kelantan. Banyak pelajaran daripada beliau diterima seperti waqaf Jibril dan tashil. Ini semua dalam pelajaran Qiraat. Dengan beliau saya sempat habiskan al-Quran dua kali dalam sebulan. Pada ketika itu bacaan saya cukup baik.
Seterusnya belajar menghafal dengan Ustaz Fatah Yassin. Saya sempat menghafal dua juzuk hasil tunjuk ajar beliau. Pada ketika ini saya berumur 14 tahun. Di antara amalan yang masih diingati sehinggak kini ialah solat hajat hafaz al-Quran yang diajar oleh beliau.Selepas itu saya belajar kitab-kitab fiqh dan tasawuf daripada beliau.
Selepas SPM terus ke Darul Quran tempat pengajian yang menjadi idaman pada masa tadika lagi. Saya tidak mengisi borang UPU, hanya Darul Quran sahaja berada di hati. Alhamdulillah. Belajar dengan Syeikh Tolbah, sempat habis 30 juzuk al-Quran bersama beliau. Selalu beliau berpesan kepada diri ini "Ya Miqdad jangan tinggal bacaan al-Kahfi malam atau pagi Jumaat". Pesanan ini menjadi pegangan sehingga kini. Bersama beliau juga sempat mengambil sanad bacaan al-Quran.
Ini semua adalah guru-guru al-Quran yang banyak sekali berjasa kepada diri ini. Tanpa mereka semua tiada diri ini untuk diletakkan sebagai pembaca al-Quran tegar. Dari kecil umur 6 tahun bercita-cita untuk menghafal al-Quran alhamdulillah tercapai hasil daripada bimbingan guru-guru semua. Saya percaya setiap kali saya membaca al-Quran guru-guru akan mendapat pahala.
Saya sentiasa mendoakan semoga tuan guru-tuan guru berada dalam keadaan mardha tillah. Doakan keampunan untuk guru-guru kita selepas setiap kali solat. Insyaallah ilmu itu akan menjadi berkat.
21st Century Breakdown
Hebatnya album ini kerana menyentuh nilai dan isu sejagat khususnya mengenai American. Melihat kepada penghasilan album ini menunjukkan nilai kebebasan mampu memberikan yang terbaik jika hendak dibandingkan di sini.
Boleh lihat di sini. Gelora emosi garang Green Day
Friday, May 15, 2009
H1N1 Baru Tiba Di Malaysia
Satu nasihat kepada abg ipar dan bapa saudara yang berada jauh diperantauan supaya dapat menjaga diri dengan sebaik mungkin. Doa banyak-banyak.
Kepada rakan-rakan yang akan pergi ke luar negara dalam bulan ini dan bulan depan semoga kalian berada dalam selamat pergi dan pulang. Solat hajat banyak-banyak.
Penyakit tidak kenal siapa, tetapi jika terkena jangkitan anggap ini sebagai dugaan dan ujian daripada Allah.
Sesungguhnya tidak ku sangka keluar juga kenyataan yang teramat benar ini. Adakah CR7 akan kekal dengan MU? Ini tidak menjadi persoalan besar kepada Alex Ferguson. Seperti mana pernaha dinyatakan sebelum ini oleh EX-MU, Steve Bruce "sukar kepada mereka yang pernah bermain di bawah Alex untuk bermain dengan pasukan lain", banyak contoh dapat dilihat.
CR7 fikir banyak kali, Real sudah menjadi kelab yang lemah sekarang ini.